Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, 31 July 2012

Cerita 'Panic' di pagi hari...

Salam Ramadhan....

Topik pagi di Hotfm pagi ni adalah tentang cerita panic...dan x sangka bila ak sampai di ofis aku yg menghadapi cerita panic...

One of my collegue, a chinese lady which start her working hour at 9, juz arrived the office about 9 am sharp...we, muslims should start our working hour at 8.30 tapi ak sampai kul 8.40 haha...

Dia masuk je dgn muka serius tanya semua org, "who's drive the Suzuki?"

Ak terkejut sbb setahu ak, ak sorg je pkai Suzuki yg park kat dlm pagar ofis. Yang park kat luar tu ada 1 ak perasan semalam tp blue color and not sure our staff or staff company lain kat area sini...

I asked back,"why?"

"just answer me, is it you drive the Suzuki?"

"Yes, Suzuki Swift why?"

"u will 'kena' one...." sambil geleng2 kepala...then tanya lagi, "have u go out yesterday during the lunch hour?"

kebetulan ak mmg keluar dgn 2 org collegue lagi ke Space U8 utk ke Avon beli barang...jarak yg hanya 500 meter dari ofis, break ada half an hour so sempat sgt la nk rush sekejap kan... I replied, "Yes, I ada keluar..."

pastu muka dia lagi serius tgk ak, dia kata "u driving so fast! yesterday u about to hit a group of lady, they are accrossing the road that time!"

Terkejut yg amat time tu coz I'm sure dia salah org...since ak keje area sini ada dlm 3,4 kereta Suzuki Swift yg ak perasan...the I said to her,"May b others la...not me! This area I realized 3 or 4 people use the Swift...this morning I juz saw 1, blue color..."

"No, that one is the same color like urs!" sambil kepala tergeleng2 konon nk ckp, 'terrible you!'

"I don't think its me...u may ask Wati or Hidayah, they're with me yesterday..."

Then Wati said,"I dont think it's her la Tina...She drive so carefully n politely"

pastu baru nmpk dia cool down skit dia kata, "it's ok, if it is not u, u no need to b afraid of it...the guards will recognised which car is it...they got to have records about every cars passing by here every day...."

A second after that she added, "I'm sure the driver is a guy"

Damn! Tadi bagai nak rak kau tuduh ak....

sabar je la...dugaan di pagi hari yg buat ak panic sekejap....menggigil tgn ak sbb geram bukan salah ak bila dituduh tadi....

Monday, 30 July 2012

Allah selamatkanlah Rohingya, Myanmar...

Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar. 

Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.

Perjumpaan wakil ABIM Malaysia dengan sami tertinggi di Angkor untuk berbincang isu umat islam Rohingya dan menghentikan pembunuhan atas dasar kemanusiaan telah dibuat tapi kesannya hanya sikit sahaja kepositifannya....Sami ini meminta untuk berbincang dahulu antara mereka dan tindakan hanya akan dibuat dalam bulan Oktober 2012. 

Satu flotile ke Myanmar akan diadakan dalam masa terdekat untuk membawa seluruh NGO dari seluruh dunia melalui perairan India....Cadangan untuk membawa isu Rohingya ke Parlimen Malaysia telah DITOLAK speaker parlimen atas sebab tak relevan dan tak penting....Manakala kerajaan Malaysia sendiri masih belum ada lagi mengeluarkan bantahan rasmi atas kekejaman ini....

Isu ini adalah isu paling besar disaat ini lebih daripada isu yang berlaku di kalangan umat islam di Syria, Palestin, selatan Thailand dan seluruhnya memandangkan mereka tidak ada pembelaan langsung dari dunia... Rayuan agar isu ini diperbesarkan supaya umat islam di Rohingya dapat diselamatkan dan SEBARKAN pada semua sehabis cara....semampu yang boleh... Hanya cara ini kita dapat membantu mereka....

(SUMBER: Cikgu Azmi yang berhubung langsung dengan rakannya di Rohingya menggunakan telefon secara sembunyi memandangkan alat komunikasi tidak dibenarkan di Rohingya)

Jika kamu rasa diri kamu itu seorang MUSLIM, sebarkan dan doakanlah mereka...Aku tak kata sumber nie 100% benar...tapi sememangnya umat Islam di Rohingya dibunuh dengan kejam dalam masa korang sedang asyik dengan keindahan DUNIA nie.... Apa salahnya memberi sedikit masa yang ada dari 24jam dari kurniaan Allah untuk menyebarkan isu Rohingya nie....

SUMBER: HERE

Friday, 27 July 2012

Iftar with Officemates...

Salam Ramadhan...

Petang ni company buat majlis berbuka utk semua muslim staff kat bangunan HQ...xjauh pon dari ofis, dlm 300meter je dari ofis kitorg...

So, untuk first day Ramadhan tahun ni nk round bazar jap ptg nnt temankan papa beli juadah berbuka...since majlis Iftar tu start kul 7, sempat sgt la nk temankan papa beli juadah jap kat bazar Bukit Jelutong tu, berapa KM je dari ofis ni...

Kesian plak kat papa berbuka sorg di temani Zameer ptg ni...hopefully Zameer behave la nnt...actually Zameer tengah xsihat tu...semalam pon kitorg xcukup tido jaga dia...demam skit je, but got heavy flu...semalam ngan hidung tersumbat mana lena dia tido...asyik merengek je la...mujur jugak CikNgah offday semalam ngan arini, so xperlu hntr ke taska...klau x, bawak virus je kat budak2 lain...huhuu

Semalam, mmg kesian la kat Zameer xblh tdo sbb hidung tersumbat...mujur ada saline drop yang UMRA bekalkan time Zameer demam dulu...drip ubat tu dalam hidung, so ubat tu will loosing the nasal congestion..hingus dia plak kitorg gunakan nose pump for baby tu tuk sedut hingus tu keluar...memang akan ronta2 bagi la, tp kena jugak kepit kuat2 nk sedut gak..klau x, kesian la dia hingus byk dlm rongga hidung...
Nose pump...very helpful but Zameer wont like to use it...he will throw it away ...huhuu

Ni plak ubat utk buka rongga hidung yg tersumbat, ni jenis spray ada jugak yg titik...

Ok, that's all to share this time...selamat berbuka utk yg berpuasa!

P/S: 2 items above is a MUST have at your home..its very handy when your baby got flu...1 more thing is vicks for baby...but I dont use the brand Vicks...that's one more brand which smells so good for babies..

Wednesday, 25 July 2012

Mamai....

Salam Ramadhan...

uh...mamai je rasa arini...mujur xterlepas sahur lagi pagi td, pagi semalam terjaga ngam2 tuk makan kurma n minum air je...huhuuu...

Semalam al-kisahnya anakanda yang comel itu xblh tido...gelisah je, xtau nape...sepanjang malam sampai ke subuh...merengek je, tapi mata pejam...xtau ape xkena...takut dia perut kembung, turun tgkt bawah cari minyak yuyi dia, sapu kat perut n belakang badan..time sapu tu, dia macam selesa jap...hampir terlena...sekejapan je, merengek semula...

penat dh tepuk2, xjalan...sebelum tu kitorg dh cek pampers dia xbasah pon, x poo-poo pon...susu dh bagi, dia minum je...then nangis balik...aduh, kepala dh berat ni tanpa tau kenapa Zameer rengek2 gitu...tepuk pon dh hilang rentak...papa perasan mama cm dh nk hilang sabar, dia take over suruh mama tido...

Then kitorg decide bawak turun bawah, letak dlm buaian...pon sama gak cmtu...tp at least bila kita ayunkan buaian tu dia lena la balik...sampai la saat kitorg bangun sahur kul 5 tadi...

Pagi ni SMS cik D bgth CikNgah Zameer off day arini nk tlg jaga Zameer kat umah, then bgth la Zameer xleh tdo semalam...baru la Cik D cite kelmarin ngan 3 ari lps Zameer poo-poo kuar cacing...mgkin sbb tu la kot dia xlena tdo sbb perut xselesa ke ape...Cik D plak lupa nk bgth since skrg ptg2 papa yg ambik Zameer, pagi Mama hntr tp terkejar2 nk ke ofis xdan nk borak pon...so, cik D nasihat suruh bwk ke klinik la nnt..

hurmmm....papa la paling mamai kot, sbb mama sempat gak lena masa papa jaga zameer tu...Thanks Sayang, luv u!!

Monday, 23 July 2012

Resepi : Nasi Hujan Panas

Salam Ramadhan...

Semalam punyalah kelam kabut tak tahu nak masak ape tuk juadah berbuka...on the way balik pon xleh decide lagi ape nak masak...huuuhu

Dah la ak confuse kul brp leh balik, dekat kul 5 ak blh lenggang2 naik ke surau kat tgkt 4 (mujur ada lif...huhu) tuk solat asar. Then nak turun blk ke tgkt 3 kat level ak, bertembung ngan collegue malay girls yang dh kelek beg...ak tgk jam baru 5.10!

"aik, awalnya balik?"

"dah kul 5 la yang..."

"bukan balik kul 5.30 ke?"

Haha...ak kena gelak ngan diorg! Pdhal tuk bln pose ni, jam keje dr kul 9-6 revised to 8.30-5.00 and lunch hour break shorten to half an hour....som kelam kabut ttp pc, kemas brg then trs rush ambik Zameer...

Sepatutnya tuk bln pose ni dh deal ngan Papa, dia yg ambik Zameer, ak hntr je setiap pg...tp ptg smlm Papa kena g Uniten ambik brg kiriman mak dr kg since Abg Cik blk kg weekend lps..

Sampai umah Cik D kul 5.30, trs balik...smp kedai runcit area Alam Budiman (perumahan kitorg) dh dkt kul 6...congak2, sempat la kot klau masak Nasi Hujan Panas, Ayam Percik n Sayur Goreng...Ok, singgah beli Serai n Santan dlm kotak...

Blk rumah, defrost ayam dlm microwave, basuh beras dan mula masak Nasi Hujan Panas dulu...nak resepi? Jom check it out...

Bahan2:
Beras (depends la nk masak banyak mana pon)
2 sudu Planta / Minyak Sapi
1-2 ulas Bawang Putih (hiris)
1-2 ulas Bawang Merah (hiris; semalam terlupa nk letak sbb kelam kabut..huhu)
1 Kiub Pati ayam
Rempah2 kasar : 1 btg Kulit Kayu Manis, sedikit Bunga Lawang, Cengkih
Garam secukup rasa
Pewarna (at least 2 warna, nak meriah guna byk warna)
Air (kurangkan sukatan air utk 1 pot beras; cth utk sukatan biasa 2 pot nasi=3 pot air, so kali ni kurangkan jd 2 pot nasi=1.5 pot air saja)

Cara2 Masak:
1) Basuh beras, kemudian ketepikan
2) Panaskan periuk, masukkan Planta. (Klau guna electric rice cooker, panaskan atas dapur gas dulu)
3) Planta dah cair, masukkan bawang putih n bawang merah. Goreng seketika, kemudian masukkan rempah2 kasar tadi. Kacau.
4) Masukkan Beras, gaul rata dalam 2 ke 3 minit kemudian tutup api. Pindahkan ke electric cooker.
5) Masukkan air, masak hingga kering.
6) sebaik air dh kering or tggu sehingga nasi tu masak, titikkan pewarna kat atas nasi tadi di 2,3 tmpt. Ulang lgkh yg sama utk pewarna berikutnya.. Gaul nasi tadi. Tutupkan sebentar.
7) Sedia utk dihidang.
Nasi Hujan Panas versi Mama Lina :)
Nasi Hujan Panas ni sesuai dihidang dgn Ayam Percik dan acar. Tapi Papa kurang skit acar-acar ni, so goreng sayur campur je semalam...Untuk Resepi Ayam Percik, pernah cite kat entry lepas.

Lauk berbuka semalam: Nasi Hujan Panas, Ayam Percik, Sayur campur n Daging goreng tumis merah (resepi ni next time share yer)
Selamat mencuba! saja2 nk tukar selera dari makan nasi putih je kan :)

P/S: Kononnya nk masak tomyam campak2 je semalam...huhuu...sempat jugaklah siap masak sebelum 10 minit waktu berbuka...sambil2 berperang kat dapur ngan Zameer, hntr Zameer kat depan tv bagi dia susu soya sejuk, terlena dia...aman kejap Mama nk masak! huhuu

Perihal Salam...

Salam semua...


Pagi ni terlewat skit masuk ofis gara2 nk tengok rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9 sampai habis...keje masuk kul 8.30 tapi 8.15 baru kuar rumah...isk3! menarik topiknya; "Islam itu Indah"...siaran langsung dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam...mengikut pengumuman pengacara rancangan tadi rancangan tersebut akan diadakan setiap hari sepanjang Ramadhan selepas solat subuh dari pukul 7-8 pagi...Jadi sesapa yg duk dkt ngan Masjid tersebut dan sekitar Lembah Klang blh la hadirinya...


Rancangan Tanyalah ustaz pagi ni dikendalikan oleh Ustaz jemputan Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz...




Sesuatu utk perkongsian bersama, dan nota utk diri sendiri jugak; Perihal Memberi dan Menjawab Salam...


1) Antara: Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarokaatuh ;dan
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh ; mana yg betul?


Kata ustaz, dalam memberi salam xperlu ada "ta'ala"...ada hadis yg ustaz sebutkan tapi xsempat nk salin...


2) Memberi salam itu sunat tapi menjawab salam itu wajib


3) 4 keadaan di mana salam itu xperlu dijawab:


i - Bila salam tersebut diberikan oleh org bukan Islam atau kita sangsi dia muslim ke x, maka cukup dgn hanya menjawab " 'alaikum salam "


ii - Bila Imam memberi salam di akhir solat (salam utk Malaikat Raqib dan Atid), sesiapa yg menjawabnya maka lingkup lah solat :)


iii - Bila ucapan mendahului salam; keadaan ni biasanya berlaku dlm majlis2 politik yang mana mengalu2kan hadirin sebelum salam diberikan...juga ada hadis mengenai isu ni cuma xsempat nak salin...hehe


iv - Bila salam dipermain-mainkan; cth keadaan di mana laki2 nak mengorat perempuan, "Assalamualaikum cik adik, xjawab berdosa!"...xjawab maka xberdosa...


Wallahua'lam...

Juadah Ramadhan...

Salam Ramadhan buat semua Muslimin Muslimat yg membaca blog Naluri Murni ni.... :)

Baru pukul 3.30 tapi dh pening pikir juadah berbuka ni...Papa xpe la, blk mkn je ape bini dia ni masak...tapi yg tukang masak ni ha, xtau lagi ape nk dimasakkan...huhuu

Macam last year, sebab tmpt keje jauh so mmg la xkan sempat tuk blk masak sendiri di rumah...but this year, di samping nk berjimat, Mama berazam nk masak sendiri semua juadah puasa utk keluarga tercinta...doakan moga berjaya ye...

Tapi Mama ada masalah ni....xtau nk masak ape arini! huhuu...lauk dlm peti ais semua ada, daging, ayam, udang, sayur...tp nk masak ape la agak nya ptg ni...hurm...

Kalau contact Papa tanya pasal ni jwpn common yg diberi: "awak masak ape aja saya makan, Sayang..." huhuu....

Sunday, 22 July 2012

Gempar!! Peristiwa aneh berlaku di Malaysia...

Masjid Zahir, Alor Star, Kedah


Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam 20 Julai lalu. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.

“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.

p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.
:)

sumber: HERE

Friday, 20 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Salam Ramadhan semua...

Mlm ni dh start terawikh, kan? Tapi peluang untuk ke surau2 or masjid2 berjemaah menjalankan sunat terawikh sejak ber-anak ni  susah nak dpt...xpe la kan, sunat saja...amalan lain spt mengaji Al-Quran masih blh diperbanyakkan...

Sebut pasal tu, Alhamdulillah this week after dh bersuci dr hadas baru ni semangat Ramadhan dh dtg dlm diri...dh start mengaji dlm 4 muka setiap pas maghrib...yg plg sweet nya ditemani Zameer di riba...even xde la melekat sgt kat riba mama dia ni, tp sekejap2 dia akan dtg duk atas riba, tunjuk2 muka surat time kita mengaji tu...Alhamdulillah, moga jadi anak yg soleh nanti...amin...

Ok readers, dh nak blk ni...kena singgah isi myk dulu coz dr petang semalam lg sebenarnya minyak dh alert mintak diisi, tp sbb dh keje dekat skrg kan...sempat smp nk blk arini plak baru nk g isi...hehe...syukur sekali lagi :)

Selamat berpuasa pada semua readers...moga kita berjaya memperbanyakkan amal di bulan mulia ni...berusaha memperbaiki diri ke arah yg lebih baik...InsyaAllah...

Wednesday, 18 July 2012

Samseng Jalanan??

Salam semua...

Lately sangat banyak kes2 samseng jalanan yg kita dengar kan? Readers pernah alaminya sendiri x? Me? Pernah! yes, pernah...anda xtersilap baca....sy pernah mengalaminya sendiri...

Kes ni berlaku dalam bulan Disember 2010, di kala sy tengah preggykan Zameer 7 bulan...ye, readers...tgh preggy time tu!  Mujur la En. Syaiful ada bersama...Kejadian berlaku di tol Batu 3, Shah Alam, Federal Highway menghala ke Klang...Time tu sy still bekerja di Seri Kembangan, normally akan lalu area Batu 3 tu time maghrib..Since sampai area shah alam dh maghrib, mcm biasa la kitorg berenti solat dulu kat Petronas sblm tol tu...settle solat, kitorg pon bergerak balik...

Keluar dari Petronas tu kena lalu Tol Batu 3 dulu, kitorg beratur di lane Touch 'n Go (TnG)...keadaan time blk keje area Lembah Klang ni mcm biasa still packed tp dh beransur reda bila dh lps maghrib...sdg elok beratur, dan barisan makin pjg mcm biasa la ada mangkuk2 mencilok kat tgh2 barisan...dan kami adalah antara mangsa yg kena himpit dan dipaksa beri laluan...

Kereta2 di depan dh byk yg mengalah dan bg laluan pd kereta yg menghimpit tuk potong queue, namun ada jugak yg bertegas dan kereta yang nak potong queue tadi akan mencuba nasib dgn kereta yg dibelakangnya pulak...ketika tu, kitorg dh nmpk sebuah kete Honda Civic model late 90-an 'kalah' dgn kereta yg di depan...mana xnye, ko mencilok punyalah plg depan dh nk msuk plaza tol pon...maka, kitorg plak yg dihimpitnya tuk mintak laluan...tp time tu rasionalnya dia kena mintak laluan dgn kereta di blkg kitorg memandangkan kereta dia dh terkebelakang dr kitorg...tapi dia tetap memaksa, then bermulalah adegan "road rage"!

That time sy dh perasan side mirror kiri dia mcm dh di depan side mirror kanan kitorg tp klau kitorg xgerak, dia xkan blh bergerak! I said to my hubby," syg, mengalah je la...bg je la dia jln..." but he said," sy nk bg dia jln cmne, klau sy xgerak dia xleh gerak pon melainkan gesel kete kita...cuba awk tgk kedudukan kete dia, klau dia straight mmg lggar tembok la sbb lsg xmasuk lane even skit pon...sy straight je ni x kuar dr lane pon" 

Betul jugak! mmg la nk marah gak kat hubby mulanya sbb tgk dia pon xnk mengalah lsg mulanya, tp dr my hubby ckp tu mmg btl la...kitorg xcurik lane sesape pon, even nk lembut ati bg dia jln pon mmg xde jln nk bg dia...nk mencilok 1 hal la...kuang jaq pon ia gak!

Then, at the time my hubby lpskan pedal brek, "prak!" side mirror dia terkepak ke depan...tp xde la rosak pon, juz btlkan blk je la...sbb terkejut, sekali lg sy marah en.hubby...xdan en.hubby nk menjawab, kete tadi trs gesel kete kitorg tnda xpuas hati! pastu, dia buka cermin maki2 kitorg...and what the suprise is....'dia' is woman!!!! Terkejut xterkata kitorg time tu...yes, woman!! kenapa perilaku macam jantan tadi? huh....

"Hoi, ko berenti kat depan sana! ko langgar kete aku!" 2, 3 kali amaran dia laungkan nk kitorg berenti lps tol nnt...

'Auch!' sgt seriau time tu sbb dh tau mmg calar la kete kitorg...then my hubby pon marah la jugak, kitorg trskan jugak ke depan dan lagi sekali kete bergesel! At last, sbb dia mmg dh xde ruang utk menyelit gak ke lane kitorg, akhirnya dia terpaksa mengalah...kete blkg kitorg dh jauhkan jarak sbb xnk kena gesel gak dek kete 'perempuan' itu, so bila kitorg lps je dia trs dpt msk lane kitorg....my hubby ber-istighfar panjang time tu...cuba sabarkan dirinya...

Lps je tol, kitorg mmg ingt nk trs blah je, mls nk bergaduh! tapi my hubby xde la memecut pon pas tol tu...berulang kali dia dok bertanya,"syg, awak ok...awak ok?" ak hanya mampu anggukkan kepala je sbb rs terkejut blm hilang...

Bersambung....

P/S: sory ye readers, entry ni kena ada sambungan coz untuk mengingati balik details kejadian mmg menyakitkan...since monday sy try siapkan entry ni, tp asyik terhenti2 je...tiap kali ingtan dtg, rasa gerun tu dtg blk....

12 Barisan Manusia Menuju ke Akhirat


Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.
Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
“mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”
Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
“Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.
“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”
BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
P/S: Nota utk diri sendiri dan perkongsian sesama umat....Wallahua'lam

Tuesday, 17 July 2012

Petanda negatif??

Salam semua...

Dari semalam lg mata kiri ak terasa berdenyut2 kat kelopak mata bawah...ada yg kata petanda x elok...semalam sgtlah risau since handphone tertinggal kat umah...Syukur Alhamdulillah, semua selamat n xde kejadian x diingini berlaku...

Tapi arini, dari pagi td asyik berdenyut je ni...Doa2 moga Allah jauhkan dari bahaya dan sebarang bentuk bencana ke atas diriku, family dan rakan taulan terdekat...



" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM "

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ayat tersebut juga mampu mengelakkan kita dari terkena santau makanan...Baca ayat ini sebelum makan, InsyaAllah dgn kuasa-Nya, pinggan makanan tersebut boleh pecah seandainya ada santau di dalamnya....

Wallahua'lam....

Thursday, 12 July 2012

Perut Kembung dan Cacing...

Salam semua...

Ramai org tegur perut zameer agak kembung...bukan sehari dua ni...dh berbulan dh...dulu time pegi ambik injection for 12 months, ada tanya pada Paed, katanya as long as ur baby is feeding ok and poo-poo also ok, nothing to be worried...Perut kembung tu might b'coz saiz perut (usus) kecil utk menampung makanan yg masuk...So, Mama pon xde la risau even ramai yg tegur...

Dalam 2 ke 3 bulan lps, Mama ada bagi ubat cacing utk Zameer...ikutkan umurnya time tu, hanya 1/2 dos yang boleh bagi...then if I'm not mistaken, the other half dos may be kept in freezer about 6 months after open the seal..masa bagi tu suspect dia kena cacing since poo-poo dia agak pelik..tp lps bagi tu xde plak dia poo-poo kuar cacing...

Then this morning, pas mandikan Zameer tadi, siap2 then hntr dia ke nursery Cik D sebelum ke ofis.  Dalam kul 11.25 dapat col dr Cik D...Cik D bgth Zameer poo-poo kuar cacing, byk sgt! hidup2 lg sampai Cik D pon geli geleman tgk...huhuu mujur xkena time Mama bersihkan...hehe


Yang peliknya nape cacing tu baru skrg kuar after few months bg Zameer ubat cacing? or time bagi dulu tu sebenarnya perut dia blm ada jangkitan cacing lg? Then of cos la pasni kena bg ubat cacing since mmg dh terbukti ada cacing dlm perut dia kan...

Any mommies out there yg blh bg pendapat tak psl hal ni? perlu refer Paed ke or juz bagi ubat cacing lg...???

Please, need advice....

Friday, 6 July 2012

Last day working...

Salam semua...

Next week I'll start working with a new company located at Bukit Jelutong...Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak keje kat area situ...dh lama target nk keje area Bukit Jelutong since situ kwsn industri yang plg dekat ngan area rumah with toll, parking n trafic jammed free...huhuuu

Since graduated on 2008, this is the 5th company that I will join...terkejut? I pon! huhu...nak buat cmne, bukan suka2 nk tukar keje...dh lama tanam azam tuk kekal stay kat 1-1 company at least 3,4 thn...tp ada saja condition yg ak harus akur padanya...gov? I tak layak kot tuk jd gov servant...huhuuu...2 kali pegi exam tuk Penguasa Kastam n Juruaudit aritu pon xlepas....  :(

Nak cerita pasal pengalaman keje ni...Alhamdulillah even banyak kali bertukar keje, ak xpernah menganggur...dulu sebelum grad, ak tlg company ayah buat accounting report for audit purpose menggunakan UBS Accounting System..Sem I time degree dulu mmg ada kena belajar psl UBS nih, siap ada exam lagi...ak sungguh2 belajar, then dpt Certificate 'Distinction'...Alhamdulillah sekali lagi...

So, since dh pandai guna system tu, ayah mintak tlg buat account company dia tuk thn 2006 tu...sblm tu ayah outsource kat accounting firm je...but since dh ak tau buat, baik la ak tlg kan....time tu pantang balik cuti sem je, kat ofis ayh la tmpat keje ak...gaji? xde la cm keje ngan org...ak tlg ape yg mampu then bila nk belanja, duit ayah gak ak tadah...hehe...sempat la 2 tahun ak buat report account; 2006 n 2007...

Then masa praktikal 6 bulan dulu, ak buat kat audit firm yg audit cmpny ayah ak tu...hehe...diorg siap pesan lagi tuk ak xbuka file audit trail tuk account yg ak buat tu...so, thn 2008 ak grad dgn berpengalaman keje...untung jugak rupanya pengalaman buat akaun dulu tu tuk apply keje pas grad, mulanya nk suka2 je tlg ayah tapi berkat kat situ kot yg mudahkan ak dpt keje seawal ak blm hbs praktikal pon...

First cmpny that offer me a job is a trading company; RO water business located at Chendering, Trg...but time tu ak rs ak mgkin blh dpt yg better dr itu, so ak terima utk buat freelance account saja...settle audit period, I dpt offer kat Shah Alam, Sek.24...

1Ramadhan 2008, ak mula keje kat small trading company yg involve in IT business...tuan punya, malay husband n wife...adat org melayu yg perasan bagus dlm bisnes, setiap ari mesti ada meeting yg ak rasa xproduktif pon...huhuuu...genap 5 bln, ak dpt a better offer from a Public Listed Company (1st board KLSE), multinasional company based in Malaysia business in manufacturing of toner...

The company is manged by a Chinese, so I found the very different cultural of working between malay n chinese in managing business...sangat teratur n sistematik...but everything come with the cost! There, I found the huge of stressed area in working...keje tak pernah surut, mulanya ak suka sbb mencabar kerna belajar lots of new things...I've been given tasks in area Account Receivable (A/R), liaise with Kastam to report the raw material which been tax exempted, liaise with tax agent to report a claimable tax due to tax paid for export products, inventory costing pon buat...pergh...byk btl yg dpt belajar kat sana...but, after I get married I could't always stay back until nite to doing the work which is non-stop coming...then when my Lady Boss (Finance Manager) expecting me to work more than I can handle the stress, my husband ask me to quit the job...huhuu...the time I tender my resignation, I was not applying for any vacancy at other place...huhuu...my husband said to me that he would be managed to feed me even I am not working for another 2 months or longer...so, genap setahun (sempat la merasa bonus tahunan), I quit the stressed job!

Time tu my husband banyak outstation ke Melaka, berbulan2 kat sana...jmpa pon hujung mggu je, so since I dh quit the job, even that time I already got the job offer to be assigned shortly, I asked for 1 week break then follow my husband outstation...hehe...my long break, been spent at A Famosa Water World to cheer up my self n release all the tension...really enjoyed that time!!

Persediaan ke tempat baru ak memesang angan n azam utk setia bekerja selama yg mampu...try to be loyal la kononnye...huhuu...but indah khabar dari rupa...rupanya cmpny yg ak baru join tu dh nak 'lingkup' rupanya...ak sempat bekerja di situ sebulan setengah je...yg herannya, dh tau company dh x mampu kenapa hire for a new staff, rite? mangsanya staff baru yg macam ak ni ha....dah la 1st month dpt half je sbb join tgh bulan, 2nd month all staff's salary been deducted 30% due to company's condition...nasib2...

But syukur pada Allah yang Maha Pemurah, ak xsempat digelar penganggur sebab dah dapat offer yang baru plak...tp kali ni location agak jauh, Seri Kembangan..setiap hari tuk travel 1 hala pon hampir 40km...tol lagi sebulan dh 200++, minyak, mileage...huhuuu...tp ak seronok ngan environment sana...bos baik sgt, Menon bangsanya...tapi bila dah start bayar loan rumah, kewangan kami sgt goyah...bygkan kos utk loan rumah double dari sewa fee dulu...jadi, dgn berat ati, selepas hampir 2 thn keje kat situ terpaksa ak tender resign....

Tempat keje skrg (yg ak last arini ni...huhu) plak lain kisahnya...jobscope lari trs dr qualification background n my interest...selepas genap 6 bulan keje, I gave up! huhuuu...bos pon xleh ckp ape bila ak ckp I'm not satisfied with what I'm doing now...

So, I do hope that company I'll join by next week would be the best place for me to serve...

Wish me luck, readers! Thanks a lot for reading... :)

Thursday, 5 July 2012

Kes rompak wanita di Tesco Ampang

Salam semua...


Selepas 1-1 kes rompak yg menyerang wanita di shopping mall lately...ni kes terbaru juga berlaku di sekitar KL...Copy paste from FB....Please read...




Repost from my friend, Nooralida M Noor, who was assaulted as Tesco Malaysia Ampang on 3 July 2012. Constant vigilance, peeps.

Dear all, I've been assaulted by a Malay man weaponed with a knife in my car in allenged attempts of rape & possibly robbery too, at TESCO Ampang open-air car park at 2.50pm on Tuesday, 3rd of July (yes, in broad daylight!). 

He had his left arm on my throat & held his knife with his right hand & slashed my neck at 2 places & stabbed my neck which wound had caused non-stop bleeding & required 3 stitches to be done on it. I defiantly fought back & tried shouting. He pinned me down with all his weight on the right side of my body & warned me to be silent & not to be stupid. He weighed 75-80kg & was 165cm in height. So, he was quite bulky.

He picked the wrong woman as I'd fight till the end of my life. I sounded the horn of my car with either my right hand or knee continuously after he pinned me down as he was trying to shut the driver's car door.

After 2-3 minutes of struggling, a concerned Sabahan lady and her mid-twenties son took an interest in the non-stop honking & the man's aggressiveness though they couldn't spot me at all as I was forced to lay down on my left & couldn't push him off me. Their interest in the situation made the attacker panicked & fled the scene.

He wasn't caught & is still roaming freely. To all my family, friends & students, please be cautious wherever you're. Even men aren't safe nowadays.

I drove to the police station to lodge a report & then to Gleneagles Hospital to seek medical attention. I'd a CT scan & several X-rays done. They stitched the wound of my neck. I'd difficulties breathing, talking, swallowing, walking, sitting & laying down. The scan & X-ray showed that my right lung was punctured & had collapsed 60% & that the chest wall was filled up with fluid & blood compressing my right lung. If I didn't do the surgery to remove the fluid & blood, I'd lose the function of my right lung & instantaneously the left lung would press on my heart which could cause the heart to stop beating.

I'm currently at the ICU after the tube insertion surgery for close observation & so far, there's been 360ml of fluid & blood extracted. Alhamdulillah.

Thank you to my family & friends who have visited me, and especially my two Sabahan Guardian Angels- Aunty Surianie & her son, Rafi. Without them, things will only get worse as the attacker was relentless & adamant.

Please do not call me as I'm unfit to talk. Feel free to text or post comments here. I'll put up the so not flattering pictures of me after the attack.



Ya rabbi, risaunya...Ya Allah moga engkau melindungi kami semua dari segala bahaya yang mengancam nyawa dan maruah kami...amin...

Wednesday, 4 July 2012

Salam Nisfu Syaaban...

Salam semua...Salam Nisfu Syaaban...


Sedih rasanya bila tau semalam Nisfu Syaaban tapi sebaik masuk waktu magrib rupanya period dah mai la plak....so, xdpt la nk beramal lebih sikit semalam...moga2 Allah panjangkan umurku utk ketemu lagi Nisfu Syaaban & Ramadhan di thn hadapan...amin...


Alhamdulillah...lega sebenarnya bila cik peod ni dtg...hehee...risau jugak klau2 dah 'lekat' since lawatan dr cik peod terlewat lebih 5 hari dah...huhuu...so, kiranya selama 3 bulan 'natural planning' ni menjadi jugak la even me myself xreti lagi nk kira2 ovulation period sendiri...haha...anyway, thanks to my BFF, Puan Kema yg tlg ajarkan aritu...hehe...


So, InsyaAllah lg 2 mggu kita nk stat puasa nnt dapatlah ak sama2 berpuasa dgn semua umat Islam seluruh dunia...agaknya thn ni brp ari plak kena tgglkan puasa ye...hopefully dptlah even sekali 2 ak tunaikan solat sunat terawikh berjemaah nnt. Since ada anak kecil ni peluang semakin susah nk ke surau or masjid...dulu zameer tika umurnya dlm 7-11 bln sgt baik dlm masjid or surau...skrg since dh kenal org, xnk lsg ditinggalkan sekejap even nk berwuduk...tgh solat, even ltkkan dia kat sebelah pon dia akan nangis2...mgkin takut ada org ambik dia dari mama dia time mama dia solat kot...kat rumah klau dia nangis2 cari mama dia, tp nmpk je mama dia tgh solat akan trs diam n buka sejadah kat sebelah, sujud jugak sampai tertonggeng2...huhuuu...hurm...mgkin kena tggu Zameer besar skit dulu baru blh sama2 bwk dia ke surau or masjid, kan....sabarlah...


Ni ada sedikit ilmu nk kongsi mengenai Nisfu Syaaban...nota tuk diri sendiri jugak ni....



KELEBIHAN NISFU SYAABAN

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban (14 Syaaban, selepas Maghrib).

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
--------------------------------------------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.
---------------------------------------------------------------
Selamat beramal ツ.

Misteri Hajarul Aswad



Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )



Wallahua'lam

Tuesday, 3 July 2012

Tantrum (Anak memberontak)





Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.



Wallahua'lam...

Sunday, 1 July 2012

Hari Jilbab Sedunia 2 Syaaban...

Hari ini adalah HARI HIJAB/ JILBAB SEDUNIA dan memperingati Asy-Syahidah Marwah El-Syarbini yang mati ditikam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan Hijabnya. Jika di Malaysia(maaf cakap) perempuan mati dirogol kerana membuka aurat. Antara anda dan Marwah, yang mana mati dalam keadaan mulia? Mari kita baca kisahnya yang penuh sejarah ini:


Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.

Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Allahyarhamah merupakan seorang muslimah Mesir yang menetap di Jerman mengikut suaminya yang berjaya memperolehi biasiswa Phd di dalam bidang Kejuruteraan Genetik.  Marwa juga dikenali sebagai Pakar Farmasi dan seorang yang suka melakukan kerja-kerja kebajikan.Menjalani kehidupan di persekitaran baru cukup mencabar ditambah pula dengan perbezaan warna kulit dan agama. 



Konflik tercetus apabila beliau telah diganggu dan ditohmah ketika menemani anaknya bermain di taman permainan kanak-kanak. Dengan hanya meminta agar anaknya turut diberi peluang untuk bermain buaian, beliau dituduh sebagai ' Muslim Terrorist' oleh Axel W, 28 tahun, yang merupakan juga jirannya.

Melihat situasi tersebut kerap berulang, jiran-jirannya yang lain menasihatkan agar Marwa mengambil tindakan undang-undang terhadap Axel. Dan ketika proses perbicaraan berjalan, manusia berhati binatang yang bernama Axel W dengan tidak semena-mena menikam sebanyak 18 kali tikaman. Ya, 18 kali!

Dengan rodokkan 18 tikaman, Marwah yang sedang hamil 3 bulan menghembus nafas terakhir di tempat kejadian. Manakala suaminya pula dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Terkenang saat khalifah Umar Al Khattab dirodok pisau oleh Abu Lu'lu-ah Al Majusi saat sedang mengimamkan solat Isya terakhirnya.
 Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam.

Akhbar Jerman kurang ajar, Perlekeh Marwa as Sharbini.

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa.

Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Hal ini menunjukkan bahawa benarnya firman ALLAH s.w.t, dalam surah Al-Anfal :-
" والذين كفروا بعضهم أولياء بعض , الاّ تفعلوه تكن فتنة في الأرض و فساد كبير "
mafhumnya :- "Dan orang-orang jafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" -al-Anfal, ayat 73



'We are free to wear what our religion orders us, just like you are free to follow your religions and believes...Our blood is not cheaper than yours'

Al Fatihah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...