Thursday, 29 December 2011

Ultimate Cheesy Bites...cheese..cheese....

Salam readers...

semalam pas keje my sis ajak makan Pizza hut, katanya dah lama teringin nk makan Ultimate Cheesy Bites tu..So, kitorg pon pegi la ke Pizza Hut Subang Permai...

Ni la dia rupa Ultimate Cheesy Bites...

Ni my fav. if ke Pizza Hut

Haa....yang ni xde dlm menu Pizza Hut ye kwn2...hehee
Rasanya? boleh la...utk si penggemar cheese,but I'm not the Cheese maniac...huhuu...tp ada tompok2 bulat pior cheese klau xsilap di tompokkan kat setiap piece of pizza tu, agak mengurangkan kesedapan pizza tu...even my hubby n my sis tu penggemar keju, but that kind of taste sedikit 'membunuh rasa'(ayat my hubby..dasyat kan?hehe) But try bagi kat Zameer, suka jgk dia even buat muka klakar time mkn...hehe... The 3rd pict tu actually bekal bubur ikan dari babysitter Zameer, since Zameer xmkn hari tu so ada la bubur yang terlebih...

"mama nk snap gambar Zameer? jap nk freeze..." hehee

Aumm...cedapnya makan!

Zameer wat muka comel

Zameer: Ermm....boringnye... :)

Budak comel.... :)

Cik Ngah Zameer yg mengidamkan Cheesy Bites tu...

My Love...

Sian Zameer...hahaa...

Wednesday, 28 December 2011

SWEET & SOUR OF 2011

Salam semua....

Di penghujung tahun ni buatkan kita terkenangkan segala pahit manis yang kita lalui sepanjang setahun yang Allah pinjamkan pada kita...Semoga Allah lanjutkan lagi usia kita untuk terus beribadah & berusaha ke jalan-Nya sentiasa, Amin....

Bagi diriku, tahun 2011 ni sangat2 manis...tahun 2009, dari gadis sunti berubah status isteri.. Alhamdulillah, berkat kesabaran menanti hampir setengah tahun, 2010 status ku berubah dari isteri ke bakal ibu...2011, tanggal 16 Feb lahirlah putera sulung kami yang diberi nama Zameer Muhammad Syauqi Bin Muhammad Syaiful...Mengikut kalendar Hijrah, Zameer lahir pada 13 Rabiul Awal 1432, sehari selepas Maulidur-Rasul...

Nak kongsi pengalaman bersalin putera sulong kami ni, moga dapat berkongsi cerita untuk tatapan bakal-bakal ibu & semua yang membaca....

Dari awal pregnancy, aku buat monthly check-up dengan Hospital Perubatan UMRA, di Seksyen 13, Shah Alam...Dengan servis yang aku terima dari awal sampai la ke hari-hari akhir, aku berpuas hati...So, aku decide utk bersalin di sana...Untuk pengetahuan semua, I've been admitted to ward during pregnancy a few times...1st dalam bulan puasa tahun 2010, masa tu aku dalam 3bulan pregnancy; been admitted because of dehydration, so doctor larang aku berpuasa lebih kurang seminggu...2nd & 3rd time pulak masa dah 7 ke 8 bulan pregnancy sebab darah tinggi & kandungan protein yang tinggi dalam urine...

Pada 16 Feb 2011, kebetulan my mom ada temankan aku di rumah. Since kesihatan yang tak berapa bagus bila dekat nak sampai bulan tu, so 37th week, aku dah bercuti awal...my hubby dah keberatan untuk ke ofis pagi tu, tapi my mom kata kat dia, jangan risau, dia ada blh tengok-tengok kan aku...tiba2, dlm pukul 8.30am, aku terasa ada bendalir kuar..tengah-tengah breakfast roti depan tv ngan mak aku, terus aku bangun menuju ke toilet utk pastikan apakah bendanya? huhuuu...aku berdebar sangat ketika tu sebab, mengikut pengalaman kawan2 yang bersalin lebih awal dari aku, 'turun tanda2 bersalin' ada 2 cara; turun darah or turun air...aku doa sangat moga aku tak diberi ujian utk rasa 'turun darah' krn mengikut kwn2, sangat sakit...Syukur, yang keluar ketika tu hanya lendiran putih...so, ak dengan tenang, duduk semula breakfast dengan mak...selang beberapa minit, tetiba aku terasa ada bendalir yang kuar dengan agak banyak dari sebelumnya...mak aku cepat2 ajak aku ke hospital...Kebetulan hubby aku call utk bgth dia dh sampai ofis, terus aku bgth dia yang mak nk hantarkan aku ke hospital. Dia yg ketika itu baru je buka laptop, kelam kabut kemas barang utk turuti aku ke hospital...

sampai dihospital, ak terus dibawa jumpa dengan Doc. Ummu, isteri pemilik Hospital UMRA...Amazingly, my hubby yang sampai dulu, xtau la berapa laju dia pecut time tu...huhuu... Doc.Ummu minta aku baring, dan minta aku berdehem sedikit; sah cecair yang keluar itu air ketuban...dalam hati; Ya Allah, saat2 yang paling aku gentar utk hadapi sudah tiba! tetapi sebab jalan belum terbuka, doc terpaksa 'induce' aku sebab aku pilih utk bersalin normal...sebelum di'induce', aku dimasukkan ubat julap utk aku 'membuang' semua yang ada dlm 'tangki' ketika itu...hehee...pukul 10am, start aku di 'induce'...doc melarang aku makan even minum air sepanjang proses tu....Ya rabbi, laparnya Allah saja yang tau...dari pukul 10am smpai la ke petang aku berpuasa...yang masuk temankan aku time tu silih berganti is my mom, my hubby & my sweet mother in law...tapi sampai ptg, jalan yang terbuka only 1 cm! huhuu...kesakitan yang aku alami ketika tu hanya lenguh2 di pinggang sebab baring statik terlalu lama...sebab dah hampir seharian menunggu tapi jln belum terbuka, final decision by doc, 'emergency cesarean'...'induce' been stop on 5pm; 7jam aku berpuasa, Zameer dalam perut asyik menendang2 minta makanan.

Oleh kerana emergency cesarean, my hubby not been allowed to accompany me in the labor room. Saat proses inject pada tulang belakang utk bagi aku lumpuh separuh badan adalah saat yang mendebarkan, kerana tersilap langkah doc, kau boleh lumpuh seumur hidup...huhuuu...aku diberi injection utk kebas separuh badan...bermula procedure bersalin, pandangan aku dihalang oleh kain yang direntang depan muka aku utk elakkan aku melihat proses cesar itu...selepas badan aku digegar2kan utk keluarkan Zameer dari perut, doc kata kat aku,'tahniah, awak dapat baby boy'!time tu jam di dinding hadapan aku pukul 5.55pm, tapi yang menghairankan aku, suara Zameer xkedengaran...tepat jam 6pm, terdengar la suara nyaring Zameer menangis...Alhamdulillah!! sekuat hati Zameer jerit, mana tak nya, seharian mama dia xbg makan...huhuu

See, besarkan mulut Zameer jerit? hehee....
Zameer & papa...
Alhamdulillah...selamat semuanya....tapi semua nk tau, mmg la aku belum berpengalaman merasa sakit bersalin normal, dan sepanjang proses bersalin tu aku kurang merasa sakitnya...tapi, untuk ibu-ibu yang bersalin cesarean, saat hilangnya kesan ubat bius pada badan la saat yang sangat perit...even nak gerakkan jari kaki pon terasa sakit seluruh badan....Terima kasih untuk suami tersayang yang sentiasa ada di sisi saat aku memerlukan...

Ku bersyukur dengan anugerah Allah ini...moga kami sentiasa dalam rahmat-Nya...melindung dan menjaga kami...Doa mama, moga Zameer membesar sebagai anak yang soleh ye sayang...luv u, my son!! & my hubby too...

Kenangan Aidilfitri 2011

Monday, 26 December 2011

First & Foremost...

 بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

السلام عليكم..
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah atas nikmat kurniaan rezeki, kesihatan badan & kebahagiaan hidup berkeluarga. Bersyukur juga ke hadrat Ilahi bila akhirnya aku ada blog sendiri!! huhuu....

Kenapa aku ada blog? sebab orang lain ada blog ke? sebab nak kejar teknologi?

Niat untuk punya blog sendiri sudah lama ada, idea untuk berkongsi ilmu & pengalaman hidup yang ada dengan semua yang membaca...Alhamdulillah, akhirnya wujud jugak blog yang tak berapa nak indah ni...Tujuan blog ni aku wujudkan adalah sebagai 'channel' untuk aku berkongsi ilmu, cerita, pengalaman hidup & kehidupan dari kaca mata aku sendiri...

Semoga usaha aku yang baru diperingkat permulaan ni mendapat rahmat & redha-Nya...amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...