Pagi ni terlewat skit masuk ofis gara2 nk tengok rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9 sampai habis...keje masuk kul 8.30 tapi 8.15 baru kuar rumah...isk3! menarik topiknya; "Islam itu Indah"...siaran langsung dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam...mengikut pengumuman pengacara rancangan tadi rancangan tersebut akan diadakan setiap hari sepanjang Ramadhan selepas solat subuh dari pukul 7-8 pagi...Jadi sesapa yg duk dkt ngan Masjid tersebut dan sekitar Lembah Klang blh la hadirinya...
Rancangan Tanyalah ustaz pagi ni dikendalikan oleh Ustaz jemputan Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz...
Sesuatu utk perkongsian bersama, dan nota utk diri sendiri jugak; Perihal Memberi dan Menjawab Salam...
1) Antara: Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarokaatuh ;dan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh ; mana yg betul?
Kata ustaz, dalam memberi salam xperlu ada "ta'ala"...ada hadis yg ustaz sebutkan tapi xsempat nk salin...
2) Memberi salam itu sunat tapi menjawab salam itu wajib
3) 4 keadaan di mana salam itu xperlu dijawab:
i - Bila salam tersebut diberikan oleh org bukan Islam atau kita sangsi dia muslim ke x, maka cukup dgn hanya menjawab " 'alaikum salam "
ii - Bila Imam memberi salam di akhir solat (salam utk Malaikat Raqib dan Atid), sesiapa yg menjawabnya maka lingkup lah solat :)
iii - Bila ucapan mendahului salam; keadaan ni biasanya berlaku dlm majlis2 politik yang mana mengalu2kan hadirin sebelum salam diberikan...
iv - Bila salam dipermain-mainkan; cth keadaan di mana laki2 nak mengorat perempuan, "Assalamualaikum cik adik, xjawab berdosa!"...xjawab maka xberdosa...
Wallahua'lam...
perkongsian yang menarik...
ReplyDeleteTerima Kasih :)
Delete