Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, 30 July 2012

Allah selamatkanlah Rohingya, Myanmar...

Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar. 

Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.

Perjumpaan wakil ABIM Malaysia dengan sami tertinggi di Angkor untuk berbincang isu umat islam Rohingya dan menghentikan pembunuhan atas dasar kemanusiaan telah dibuat tapi kesannya hanya sikit sahaja kepositifannya....Sami ini meminta untuk berbincang dahulu antara mereka dan tindakan hanya akan dibuat dalam bulan Oktober 2012. 

Satu flotile ke Myanmar akan diadakan dalam masa terdekat untuk membawa seluruh NGO dari seluruh dunia melalui perairan India....Cadangan untuk membawa isu Rohingya ke Parlimen Malaysia telah DITOLAK speaker parlimen atas sebab tak relevan dan tak penting....Manakala kerajaan Malaysia sendiri masih belum ada lagi mengeluarkan bantahan rasmi atas kekejaman ini....

Isu ini adalah isu paling besar disaat ini lebih daripada isu yang berlaku di kalangan umat islam di Syria, Palestin, selatan Thailand dan seluruhnya memandangkan mereka tidak ada pembelaan langsung dari dunia... Rayuan agar isu ini diperbesarkan supaya umat islam di Rohingya dapat diselamatkan dan SEBARKAN pada semua sehabis cara....semampu yang boleh... Hanya cara ini kita dapat membantu mereka....

(SUMBER: Cikgu Azmi yang berhubung langsung dengan rakannya di Rohingya menggunakan telefon secara sembunyi memandangkan alat komunikasi tidak dibenarkan di Rohingya)

Jika kamu rasa diri kamu itu seorang MUSLIM, sebarkan dan doakanlah mereka...Aku tak kata sumber nie 100% benar...tapi sememangnya umat Islam di Rohingya dibunuh dengan kejam dalam masa korang sedang asyik dengan keindahan DUNIA nie.... Apa salahnya memberi sedikit masa yang ada dari 24jam dari kurniaan Allah untuk menyebarkan isu Rohingya nie....

SUMBER: HERE

No comments:

Post a Comment

Any Comment??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...