Sedih rasanya bila tau semalam Nisfu Syaaban tapi sebaik masuk waktu magrib rupanya period dah mai la plak....so, xdpt la nk beramal lebih sikit semalam...moga2 Allah panjangkan umurku utk ketemu lagi Nisfu Syaaban & Ramadhan di thn hadapan...amin...
Alhamdulillah...lega sebenarnya bila cik peod ni dtg...hehee...risau jugak klau2 dah 'lekat' since lawatan dr cik peod terlewat lebih 5 hari dah...huhuu...so, kiranya selama 3 bulan 'natural planning' ni menjadi jugak la even me myself xreti lagi nk kira2 ovulation period sendiri...haha...anyway, thanks to my BFF, Puan Kema yg tlg ajarkan aritu...hehe...
So, InsyaAllah lg 2 mggu kita nk stat puasa nnt dapatlah ak sama2 berpuasa dgn semua umat Islam seluruh dunia...agaknya thn ni brp ari plak kena tgglkan puasa ye...hopefully dptlah even sekali 2 ak tunaikan solat sunat terawikh berjemaah nnt. Since ada anak kecil ni peluang semakin susah nk ke surau or masjid...dulu zameer tika umurnya dlm 7-11 bln sgt baik dlm masjid or surau...skrg since dh kenal org, xnk lsg ditinggalkan sekejap even nk berwuduk...tgh solat, even ltkkan dia kat sebelah pon dia akan nangis2...mgkin takut ada org ambik dia dari mama dia time mama dia solat kot...kat rumah klau dia nangis2 cari mama dia, tp nmpk je mama dia tgh solat akan trs diam n buka sejadah kat sebelah, sujud jugak sampai tertonggeng2...huhuuu...hurm...mgkin kena tggu Zameer besar skit dulu baru blh sama2 bwk dia ke surau or masjid, kan....sabarlah...
Ni ada sedikit ilmu nk kongsi mengenai Nisfu Syaaban...nota tuk diri sendiri jugak ni....
KELEBIHAN NISFU SYAABAN
•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.
✉>>> Amalan yang dianjurkan;
✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.
✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.
✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.
◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
--------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.
•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.
* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.
•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;
✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.
--------------------------
Selamat beramal ツ.
No comments:
Post a Comment
Any Comment??