Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, 20 May 2012

Khafiat Bulan Rejab

Salam semua...


Esok bermula 1 Rejab, jadi malamini adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok ini, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

Wallahu a'lam..




Antara amalan2 sunat utk diamalkan sepanjang bulan Rejab ni:


~ Bersolat dan buatlah solat Qado sebanyak mungkin di samping solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
di ampunkan dosanya yang lalu.
di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa hmm..)
~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.

Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :
~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

1.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

4. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.


7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

No comments:

Post a Comment

Any Comment??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...