Tuesday, 22 May 2012

Creamy Chicken Cheese Pasta

Salam semua...

Arini nk share resepi baru, tp dh 2kali masak dgn jayanya...Zameer sgt memilih makan, tp klau based dia cheese baru la laju skit makannya...mmg anak papa kan, mamanya kurang skit selera dgn cheese ni, tp sbb sygkan anak n papa, mama turutkan jua masak mknn kegemaran diorg...

Bahan2:

500 gram Pasta (blh campur gak ngan Macaroni)

seketul ayam bhgn dada - dipotong dadu

1 Sudu Besar Planta

2 kpg Cheddar Cheese ( I letak sekeping je sbb I takut muak, then I lsg xmakan nnt...huhuu)

1 tin Campbell's Creamy Mushroom / Campbells's Creamy Chicken Mushroom

300ml Fresh Milk / Fresh Milk / Susu Sejat (use if only u choose Campbells's Creamy Chicken Mushroom sbb ia sgt pekat) @ blh juga gantikan dgn air panas utk elakkan rasa muak

Lada Hitam - blend (if ada Habbatussauda, blend skit je tau! skali dgn lada hitam)

Garam secukup rasa

Untuk Tumisan:
2 Sudu Besar Planta
1 labu bawang besar kuning - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu

Cara Masak:
  1. Rebus pasta dengan sedikit garam dan sesudu besar planta.  Toskan.
  2. Tumiskan bhn2 tumisan sampai wangi.  Masukkan ayam, goreng sekejap.
  3. masukkan garam dan lada hitam. Kacau sebati.
  4. Bila ayam dh masak, masukkan  Campbell's Creamy Mushroom / Campbells's Creamy Chicken Mushroom. Kacau sekali sekala, api kecik je.
  5. Kalau anda gunakan  Campbells's Creamy Chicken Mushroom, masukkan susu, kuatkan sikit api.  Kacau sebati.  
  6. Sebaik mendidih, carik2 kan Cheddar Cheese, taburkan dalam masakan.
  7. Tutup api bila Cheese dah larut dlm masakan.
  8. Hidangkan dengan Pasta....Yummy!!
Zameer sgt suka mkn ni! Thanks model mama..hehe

Ni je sempat capture...

Zameer mmg Italian Taste...like father like son!

P/S I : Sory xde gmbr time masak, sbb anakanda dh lapar, buat perangai je kat dpn...mama plak kelam kabut masak kat dapur...huhuu

P/S II : sesuai juga utk anak2 umur 1 thn ke atas, tp mgkin kena kurangkan lada hitam...

No comments:

Post a Comment

Any Comment??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...