Sunday, 4 March 2012

Resepi : Kuih Dorayaki

Salam semua...

Pernah dengar x nama kuih ni; Dorayaki...ala, kuih favorite Doraemon tu...Senang je nk buat ni...meh check out the recipe...

Bahan2:

  1. 100gm tepung kek atau tepung gandum
  2. ½ sudu kecil baking soda
  3. 60gm gula halus
  4. 2 sudu besar madu
  5. 2 biji telur
  6. ½ sudu besar minyak masak
  7. ½ sudu kecil esen vanilla
  8. Inti: Jem, kacang merah @ Chocolate spread (I used Nusifitt Chocolate Hazel Nut Spread)

Cara2:
1.    1)  Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. (Tips: Blendkan saja smpai kembang..hihi)

2.   2)  Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.



   3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. (Tips: Jgn pekat sgt nnt kuih kurang lembut)


   4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, gunakan senduk utk menceduk adunan supaya senang dibentuk dlm kuali dgn meratakannya secara membulat

 5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis

     6. Last step, sapukan pilihan inti ke kedua2 belah kepingan kuih kemudian cantumkan 2 keping setiap satu...Sedia utk dimakan...

Zameer pon sukakannya!


P/S : Sesuai dijadikan breakfast or minum petang...selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Any Comment??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...