Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday 7 March 2012

20 Perkara yg berubah slps anda mempunyai anak!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.Yes, lagi2 anak lelaki...kelasakan dia meningkatkan aktiviti fizikal kita..hehe


2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! No wonder la if kita rasa serik utk melalui proses kelahiran lagi, tp perasaan tu akan hilang diganti dgn rindu utk pregnant lagi bila tgk ibu2 lain yg hamil or tgk baby2 kecil..

. 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! Syukur Zameer bukan jenis berjaga mlm, terjaga juz mintak susu..mama papa bgn bancuh susu, trs dh blh tdo..huhuu


4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.Betul2...lg2 bila terkenangkan kasih syg mak kita yg menjaga kita sepnjg tempoh berpantang...tgginya kasih seorg ibu, even anak sudah besar pjg, masih lagi disyg spt kita kecik2 dulu...


5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..


6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat... Hak3..yg ni berlaku pd ak hmpir setiap mlm...kdg2 cik abg mengomel gak psl nih...huhu


7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.


8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.


9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.


11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.


12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.


13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.


14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.


15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.


16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!


17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!


18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.Cthnya: dulu sebulan tu plg kurang 2 kali tgk wayang ngan hubby, lg2 klau mmg ada series movie yg kita follow...skrg, tggu tayang kat HBO or beli DVD tgk kat umah je...kdg2 tgh2 tgk pon blh terlena dpn tv...huhuu


19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.


20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! 





P/S: anda semua setuju x? leave ur comment...

2 comments:

  1. Ha ha ha.. Sesangat setuju... bila baca baru sedar.... Entry yg sangat menarik...

    ReplyDelete
  2. setuju2..ehehe..sejak da ada anak ni..mmg ssh nk ke wyg,melainkan tgk ms ari bekerja..htr anak2 kt bs..br la leh melepak2..dgn husband..ihihi..

    ReplyDelete

Any Comment??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...