Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 23 February 2012

Pemergian Adik Faris Nur Daniel...

Salam semua...


Semalam mata sy merah membaca berita mengenai adik Faris...berita pertama yang sy terbaca, pemergian adik Faris di wall FB 'BabyAiris Shop'...sy tertanya2 sape arwah? kenapa dia meninggal? sakit ape? kemudian sy diberi link utk baca perihal arwah...
Cantik kan anak ini...InsyaAllah syurga tempat mu...


Mengikut fakta cerita dr http://www.mazidulakmal.com/2012/02/faris-selamat-disemadikan.html , baru arini sy dpt tau rupanya keluarga arwah berjiran dgn sy; Taman Alam Budiman...padahal semalam ketika bc update di web site mazidul, dikatakan bhw kediaman keluarga arwah dia Puncak Perdana...Kebetulan pula papa Zameer x ke surau 2-3 mlm ni kerana lwt blk keje, klau tak mungkin berita ni kami tau dr awal lg...


Ringkasan berita mengenai arwah:


1) Arwah adik Faris Nur Daniel merupakan anak bongsu kpd pasangan Shamrulismawi Ismail dan Zuraine Mohamad. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun


2) cerita dari bapa arwah,"Pada 1 Februari arwah kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan  arwah  dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur". 

3) Arwah dirawat selama 23 hari di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya yg memakan kos mencecah RM100,000.00.
Siapa dpt menahan air mata bila lihat gmbr ni ?


4) Selama 23 hari dirawat, arwah mendapat 4 kali rawatan kimoterapi..(Ya Allah peritnya...)


5) Lebih 3 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, barah darah, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi semalam (23 Feb 2012).


6) Faris, 6 tahun, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang, Selangor, kira-kira jam 6.30 petang semalam (23 Feb 2012). 


7) "Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," cerita dari ibu arwah.
Tabahkan ibu arwah?


Al-Fatihah...moga rohmu tenteram di sana...terbayang kisah yg sama andai berlaku pd hdp kita...Ya-Allah jauhkan lah...ak blm ckp kuat menanggungnya setabah ibu bapa arwah....


Antara pesanan bapa arwah utk kita semua sbg parents:


1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.


3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.


4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.


5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.



Wallaahua'lam...


Allah lebih menyayanginya....

3 comments:

  1. pagi tadi ak tgk mhi...
    baru tau cerita adik faris ni...ye la...ak x ol lama mana...ak x sanggup tgk mak dia nangis...
    menitik air mata...

    ReplyDelete
  2. rasa sgt sayu kak mi juga rase sama cam ibu2 yg lain,,al fatihah.. pesanan2 yg diberikan tu mmg amat berguna

    ReplyDelete
  3. sedih sungguh...setiap kali bc or tgk gmbr dia mesti air mata ni laju jer kluar...mmg tabik r kt ibu ayah arwah...tabah sunggoh!

    andai kita diuji sebegini berat...mampukah???
    T_T

    ReplyDelete

Any Comment??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...