Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, 28 February 2012

Avent Philips Bottle Feeding...

Salam semua...

Arini nak bercerita tentang Avent Philips Bottle feeding...ini versi Zameer punya cerita...huhu..cmni cerita dia, oleh kerana mama xdpt nk menyusukan Zameer sepenuhnya dr awal kelahiran since susu mmg kurang...usia Zameer 5 hari baru susu kuar beberapa titik, so sememangnya dari awal Zameer dh diberi susu formula..

Pihak Hospital UMRA ada bekalkan sedozen susu segera jenama Abbott time dismiss ward pas bersalin Zameer dulu..Susu tu rasanya ak xpernah nmpk kat mana2 pasaraya pon...susu tu bukan dlm bentuk powder tau, but instantly used..already cap in a bottle to straight away drink..color dia mcm warna susu coklat.  Pediatric said that milk is the very best milk to substitute wilk Breast Milk..sebotol tu lebih kurang 6oz, so for a new born baby, 1 bottle can be had in 2 times..but once the cap is open, it can be serve for within 7 hours only..so, klau tak blh habiskan dlm 7 jam tu kena buang...mewah la kejap Zameer minum susu mahal tu even xdpt susu ibu sepenuhnya time tu...mana taknye, bygkan klau dh pam susu (dapat la lebih kurang 2-3oz sekali pam), lebih kurang 3-4 jam mmg zameer xdpt menyusu sbb susu xkuar...sian Zameer kan? huhuu

Then bila habis pantang, Zameer kena tggal dgn nenek kat Terengganu sementara mama kena blk KL utk start keje balik...susu yang sememangnya kurang, bila dh berjauhan mcm tu lagi la...lama2 susu kering dgn sendirinya...ada la hikmahnya kan? mmg la terkilan kerana xdpt bg Zameer susu sepenuhnya...

Bermulalah mama mencari botol susu yg terbaik utknya...survey punya survey berkenan la kat botol susu jenama Avent Philips...

Zameer ada 2 botol 9oz ni
ni ciri2 dia:

• Natural Feeding Bottle.
• Bottle: 260ml capacity, 0% BPA (BPA Free)
• Design: easy to assemble, easy to clean, easy to hold, wide neck.
• Function: Anti-colic valve.
• Clinically proven: Less fussing, especially at night. 

Lagi nk tambah ciri2 yg bagus utk design dia adalah bentuk puting dia suitable utk ibu2 yg bekerja tapi masih BF baby; boleh gilir2 BF dan bottle feeding...baby pon xconfuse nk gilir2 BF and bottle feeding. Klau bentuk puting botol biasakan lebih tirus yg mana probability baby nk terserdak sgt tggi...
bentuk yg lebih wider...
Then, bila dah biasa dengan bottle yg sama sejak hampir setahun, Zameer dh sgt mengenali botol dia... semalam terjadi la peristiwa puting dia dh terbuka luas sbb Zameer gigit2(dh bergigi la katakan...hehe) kebetulan plak xde puting spare kat umah sbb baru lagi tukar puting baru...botol yg lagi 1 mmg tggal kat taska...pas tu mama pon tukar la botol, guna botol susu pureen yg dia pernah guna dulu...

Mula2 bagi tu dia tilik je botol tu, pastu dia tolak...bila bg jugak nangis2 xnak...aiyork! nk kuar beli puting lain kat kedai2 runcit biasa xde jual, plg dekat pon kat kedai jual brg2 baby kat Bukit Jelutong sana...hurmm...sbb dia insist jgk nk botol Avent dia, papa dia kata xpe guna botol Avent tp xblh bg dia minum sindiri...then papa dia ltk atas riba, alas bantal tggi skit kat kepala xnk bg terserdak time menyusu...hbs sebotol baru la lena...tp risau ni tgh2 malam kang nk bg susu cmne...kita pon of cos ngantuk lg klau nk meriba cm papa buat tu nnt kang terlena tgh dia menyusu, biasanya klau Zameer bgn tgh mlm nk susu, bancuh then trs bagi dia kat baby cot, mama papa trs terlena...huhuu...mujur la time matanya tertutup dia xmemilih botol, so guna botol pureen pon da xtolak semalam...

Misi arini, kena beli stok puting byk skit ltk kat umah sbb Zameer suka gigit2 puting...huhuu
Ada byk lagi pilihan btol sbnrnya yg mama berangan nak belikan utk Zameer...huhuu
Tapi kan, utk golongan yg berumur (nenek sy contohnya) klau tgk botol susu Zameer mesti diorg tegur.."besarnya botol tu, blh ke zameer pegang..." huhuuu...tp dgn design tu sbnrnya baby lagi senang nk pegang....

Ok, that's all utk skrg...mama tgh survey design2 baru avent ni...hehe...

Sunday, 26 February 2012

Bila si kecik berminat dgn buku...

Salam semua....


Last friday, I went to MPH Bookstore, Giant Sek 13 during the lunch hour.. Berminat nk mencari baby's book yg sesuai utk Zameer...yer la, Zameer bukan tau bercakap pon lagi, but there's a few tips yg mencadangkan parents sentiasa jadikan buku sbg hadiah utk anak2...since Zameer ni sedari kecik dh menunjukkan minat pada buku, so sgtlah sesuai utk perkenalkan buku utk dia dr umur skrg...Ada sekali tu tgk Zameer ralit membelek sebuah majalah...sehelai2 dibeleknya, rupanya Majalah Maskulin! hahaa...sgt kelakar tgk gelagat dia...


Sgt best rupanya melayan kerenah budak yg baru nk belajar menyebut perkataan ni...bila kita sebutkan 2 suku kata, Zameer akan cuba sebut 2 suku kata gak tapi dgn sebutan baby la; "eee...eh!" hehee...Zameer, ni gajah! "eee...eh!" klau harimau..."eeeee,eeeeee...eh!"( sebab dh terlalu pjg...haha) yg plg kelakar dia cuba nk sebut sumthing...then tunjuk2 gmbr binatang kat buku tetiba Zameer sebut, "Baabun!" hahaa...pdhal xde gmbr babun pon dlm buku tu...


Gaya budak nk belajar membaca..hehe


Muka menunjukkan kesungguhan :)
So, Arini nk berkongsi dgn all mommies & readers about: TIPS-TIPS UTK ANAK CEPAT BERCAKAP


1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Aiman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Aiman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Thursday, 23 February 2012

Pemergian Adik Faris Nur Daniel...

Salam semua...


Semalam mata sy merah membaca berita mengenai adik Faris...berita pertama yang sy terbaca, pemergian adik Faris di wall FB 'BabyAiris Shop'...sy tertanya2 sape arwah? kenapa dia meninggal? sakit ape? kemudian sy diberi link utk baca perihal arwah...
Cantik kan anak ini...InsyaAllah syurga tempat mu...


Mengikut fakta cerita dr http://www.mazidulakmal.com/2012/02/faris-selamat-disemadikan.html , baru arini sy dpt tau rupanya keluarga arwah berjiran dgn sy; Taman Alam Budiman...padahal semalam ketika bc update di web site mazidul, dikatakan bhw kediaman keluarga arwah dia Puncak Perdana...Kebetulan pula papa Zameer x ke surau 2-3 mlm ni kerana lwt blk keje, klau tak mungkin berita ni kami tau dr awal lg...


Ringkasan berita mengenai arwah:


1) Arwah adik Faris Nur Daniel merupakan anak bongsu kpd pasangan Shamrulismawi Ismail dan Zuraine Mohamad. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun


2) cerita dari bapa arwah,"Pada 1 Februari arwah kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan  arwah  dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur". 

3) Arwah dirawat selama 23 hari di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya yg memakan kos mencecah RM100,000.00.
Siapa dpt menahan air mata bila lihat gmbr ni ?


4) Selama 23 hari dirawat, arwah mendapat 4 kali rawatan kimoterapi..(Ya Allah peritnya...)


5) Lebih 3 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, barah darah, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi semalam (23 Feb 2012).


6) Faris, 6 tahun, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang, Selangor, kira-kira jam 6.30 petang semalam (23 Feb 2012). 


7) "Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," cerita dari ibu arwah.
Tabahkan ibu arwah?


Al-Fatihah...moga rohmu tenteram di sana...terbayang kisah yg sama andai berlaku pd hdp kita...Ya-Allah jauhkan lah...ak blm ckp kuat menanggungnya setabah ibu bapa arwah....


Antara pesanan bapa arwah utk kita semua sbg parents:


1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.


3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.


4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.


5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.



Wallaahua'lam...


Allah lebih menyayanginya....

Monday, 20 February 2012

Sambutan Ulang Tahun Zameer yg Pertama...

Salam semua....

Alhamdulillah my little Hero dah setahun 4 hari arini...18hb, sabtu lepas bertungkus-lumus lah mamanya nk prepare mjlis tuk Zameer...sgt la penat sebab semua keje2 kat dapur, wat sorg2 je...Cik Ngah Zameer keje smpai 5.30, papa pon last minit baru tau sbtu kena keje; konon half day je, tp kul 2 still kat ofis sbb ada meeting...huhuuu...

Seawal jam 8 pg mama dh check in kat dapur dah...dlm kepala penat merangka ape kena wat dulu, ye la majlis kul 5 ptg klau blh xnk la msk awal sgt nnt xfresh la hidangan tu but dgn kakitangan hanya 'dibantu' Zameer, I got no choice mmg kena msk stat awal2...dalam peti ais dh siap puding trifle yg dh siap buat kamis mlm lagi, coklat pon dh siap tp blm touch up & x packing pon lagi...so, 1st of all settlekan coklat dulu utk door gift...

Ni la hasil kreativiti mama Zameer
Coklat tu mama dh stat semggu awal, buat skit2...mlm pas blk keje,pas dinner pon sempat la tmbah skit2...juz topping strip tu je yg decorate pagi sbtu tu...sejam lbh gak la nk siapkan sume, di bantu pleh abg chik (adik laki2 ku)...jenuh nk susun blk masuk peti ais yg dh hmpir penuh dgn kotak kek, puding trifle dan brg2 lain...settle part coklat, rebus nasi himpit utk dipadankan dgn satay yg papa ambik pas keje..risau xcukup mknn mama mintak papa tambah order satay dr 100 cucuk ke 150 cucuk..pas tu buat salad plak; kuarkan salad, mentimun, tomato & tar tar mayonis, perah lemon skit...lbh kurang 15 minit, settle! wrapping on top bekas tu dgn wrapping plastic, mskkan dlm peti ais...sambil2 sibuk kat dapur pon mama still ingat mknn zameer, sambil2 rebus nasi himpit tu, mama renihkan sekali potato, carrot & brokoli...then blend dgn cheese...rebus baby pasta jap, toskan then campurkan sekali dlm mknn yg diblend td...

Bila nk start masak kuah spagetti baru perasan lupa nk wat kuar daging kisar, ayam n udang...huhuu...mujur awal lagi...so, sementara nk tggu daging defrost, suapkan zameer mkn dulu...blh la rehat jap smbil2 tu kan...tapi bila msk dlm rumah, argh...rasa kelam kabut dh dtg...rumah blm kemas lagi la!!! nk kena vacum je pon pdhal...tp mn sempat mama nk wat sorg2 jer...huhuu...abg chik plak demam, blh tlg skit2 je...then tetiba dpt sms dr bonda kat kg, ty pasal persiapan...trs col mak, mak pesan siapkan mknn dulu yg penting, kemas setakat nk vacum tu kejap je...ok, lega skit...msk dapur blk...

Tengah2 kelam kabut sorg2 kat dapur, dtg la hero mama 'membantu'...wah, nk berdukung plak dia...bila mama abaikan dia berdiri pegang kaki, then bila mama rasa dia lepaskan tgn mama bergerak ke kabinet dapur jap nk capai sudu...sambil mulut bebel2 cmpur nk nangis, tetiba Zameer stepping 3 langkah!!! Argh, sgt2 teruja bila mama 1st person yg tgk dia jalan...terjerit2 pggil ayah cik tgk dia stepping...tapi sbb terkejut tgk mama terjerit, Zameer trs terjelepuk duduk! huhuu...I will remember the moment, really precious moment for me :) trs mama ambik dia gomol pipi dia puas2, then hntar kat depan dgn ayah chik dia pastu smbung masak...

Masak kuah spagetti 2 botol...bila dh msk 1 periuk, nmpk mcm xberapa nk cukup je..so, msk 1 botol lagi tuk periuk kecik...tumis bawang, masuk daging kisar, lada hitam, garam, air panas, sos tomato, last skali baru msk spagetti sos yg dh siap tu...then baru rebus spagetti...mee goreng plak...sebab kuali yg ada kat umah sgt lah cute, xde yg besar so kena masak 2 batch; 2 bgkus mee sekali masak...byk keje jadinya kan...huhuu...Then rendam bihun sementara nk siapkan bhn2nya...kupas bwg putih, merah then blend...kebetulan papa blk tepat pada masanya sbb ada pesan kat dia mintak tlg belikan taugeh n daun kucai...ketung ketang, ketung ketang...dh siap msk sume...syukur sempat sbb time tu baru kul 4...papa blk td pon dh kul 3 lbh, pas solat zohor papa jamah mee goreng dulu then tlg kemas kat ruang depan n dining room..abg chik dh tlg vacum living room, dining room n bilik solat kat bwh...

Door gift

Muffin chip coklat buah tangan dari Tok Ma Zameer & Puding Trifle

Hidangan utk tamu
Dalam pukul 4, tamu yg plg awal sampai...keluarga mentua; mama, ayah, kakak, Afiq, dan 3 org anak buah...semua pon keletihan smpai dari Janda baik kerana menghadiri hari keluarga sklh kakak...sementara diorg berehat, mama g kemas dapur sambil hidang mknn kat meja hidangan...

Jemputan pukul 5 tapi tamu lain blm sampai lagi, yela skrg asar kan lwt skit so sume take time gak nk kuar umah...kul 6 ptg, Abg ipar mulakan bacaan doa selamat...Zameer terlena kat riba papa sbb letih blm tido seharian...tamu mula penuhkan rumah area kul 6 lbh...

Chocolate Indulgence Cake, Secret Recipe...Cik Ngah Zameer belanja

Sesi potong kek

Riak comel Zameer

Zameer & His luvly baby sitter

Parents Taska Zameer yg hadir


Time ni je Mama sempat menepel bergambar jap

Zameer nk ikut Cik Lyn blk Puncak Alam? Amboi...

Antara hadiah yg Zameer dpt...
 Haha...gajah besar tu sgt berguna sbb zameer takut tgk mata dia, so klau xnk bg dia naik tgga, ltk je gajah ni kat tangga..hehee

Teddy bear from Tok Ma...Zameer mmg sgt2 suka soft toy

Hadiah dari Cik Lyn
Jom layan gmbr birthday boy ni yg mana smpat capture...
"Aauuuuummmmmmm!!!!"

Ni la Hobi Zameer

Org marah naik tangga, " Wacha! " protes la konon..huhu

Ni mmg passion Zameer skrg...main air!

Getah paip tu klau ambik maunya jerit2 nangis

"Mama, Zameer nk drive blk kg jumpa nenek"
Perkembangan Zameer di usia setahun:

1) Gigi dah tumbuh 6 batang; 4 di atas, 2 di bawah (gusi bhgn atas dh bengkak lagi, nk tmbuh lagi 2 btg kot)

2) Mulut sgt la ringan, ada je bunyi dia buat..."mama, papa" tu dh biasa la...skrg even main motor mainan tu, mulut dia kan bunyi..."voommmm, vooommmm..." xtau mana blja...

3) dh blh stepping tapi malas...hehe

4) bila dgr org dewasa sekeliling dia gelak2, tetiba Zameer akan mencelah gelak sama xtau punca dg muka sengih2 come dia tu...hahaa...sgt kelakar, konon nk join org sembang...

5) cukup 12 bulan, pegi check up Zameer dpt injection...serius zameer xnangis lsg, juz gelak2 bila nurse tegur2 dia...gud boy!

6) bye2 sudah sgt pandai, bersalam still in practice..hehe...

7) Dah pandai protes klau kena marah...hehe

That's all for now...Wassalam...

Wednesday, 15 February 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR


Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

Klau dh ngantuk, kacau la camne pon mama...zameer xnk bgn...huhuu




1) setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. 


2) seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.


3) Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 


4) ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
 




Wajah yg selalu wat mama rs nk cium selalu...

InsyaAllah...kita sama-sama cuba amalkan yer all mommies & readers yg dh ada anak... :)





P/S: time pregnant dulu selalu amalkan; hubby bacakan al-Fatihah, surah kursi & Alam Nasyrah kat perut tiap2 kali sblm tido...even mamanya dh tido pon tp papa still bacakan...pas baca, tiup n dpt ciuman kat perut :)

1 year experience raised up Zameer

Teringat detik2 setahun lepas, 16 Feb 2012 bersamaan 13 Rabiul Awal 1432...Minggu2 terakhir menanti kelahiran Zameer merupakan mggu2 yg agak stress utk ak, kerana desakan mak nk ak blk bersalin di Trg since ak ambik cuti awal 3 mggu dr due date. Ermm...tapi ak nk bersalin kat UMRA, Shah Alam...dr awal pregnancy ak check up kat sana, lgpon mmg xnk bersalin kat GH...klau blh pengalaman 1st time bersalin ak xnk kutip pglmn yg buat ak serik utk bersalin lagi...Alhamdulillah, my hubby seorg yg pandai berdiplomasi...dia slow talk leklok ngan mak bgth dia xkisah if wife dia nk bersalin kat Trg pon, tp dia nk ada skali waktu ak bersalin tu...skrg xtau lagi baby nk kuar bila, xkan nk cuti pjg tggu ak nk bersalin kat Trg...dia pon tgh byk keje yg urgent time tu...Syukur, mak ak mengalah...Dengan syarat, ak xtggal sorg kat tumah time en.hubby pegi keje..so, sblm g keje, hubby ak akn hntr ak ke Puncak Alam, tumpang di rumah kakak sepupu...sempat la 3 ari menumpang di rumahnya..

Hari ke 3; 8 Feb, dari pagi ak rasa pening smp nk pitam...dh agak, mgkin darah naik ni...ptg pas hubby ambik pas keje, sggah klinik depan umah cek BP, mmg tinggi...so, doc yg bertugas kat klinik tu buat reference letter utk msk wad kat UMRA. Mlm tu jgk ak msk wad, dgn kawalan rapi oleh doc & nurse..esoknya my mom & family smp dr Trg..Bila BP dh stabil, heart beat baby pon still normal, air ketuban pon byk lagi, jln pon blm terbuka, ak dibenarkan blk berehat kat umah n next appointment 15 Feb. Hari sabtu, ayah blk dulu ke Trg bersama adik since ahad adik dh stat sklh. Mak stay, nk temankan ak...

15 Feb, ak n en.hubby pegi UMRA pagi2 utk check up. lps timbang berat ambik BP (Alhamdulillah normal), ak ke toilet utk ambik sample urine. ak terkejut sbb ada lendir coklat secalit kat panty liner..Dengan cemas, ak bgth nurse.. Nurse blh tersenyum je kat aku sbb katanya itu normal bila dh msk mggu2 yg terakhir. Jumpa doc, kena seluk la bila bgth cm dh ada tanda...tup2 jln lsg xterbuka lagi...huhuu..air ketuban pon still byk lagi.so, blk la semula ke rumah tp doc mintak dtg blk esok utk check up lagi...

16 Feb, doc ada pesan utk dtg check up lagi pd arini tp kata mak selagi xsakit xperlu la pegi...since baru smlm pegi cek sume ok...so, mak suruh my hubby pegi keje cm biasa, kete tggal kat umah if ada pape emergency...lps my hubby kuar umah, mak buatkan air milo mkn ngan roti & biskut smbil tgk tv ngan mak..kononnya tghari skit mak nk msk nasi...dlm kul 8.30 am, tetiba ak terasa ada 'sumthg' kuar..cpt2 bgn pegi cek kat bilik air, berdebar Allah je tau...tp kejap je reda sbb hanya lendiran cm keputihan yg kuar, tu pon skit je...mak dh cuak tgk ak tetiba bgn, tp sbb kononnya xde pape ak pon smbg blk duk dpn tv..xsmp 5 minit ak terasa ada air kuar dgn lajunya...mcm air ketuban....cpt2 mak suruh ak g mandi ala kadar utk ke klinik, siap pesan jgn kunci pintu takut ada kecemasan dia xleh msk...lps mandi ala kadar, trs capai beg yg dh sebulan lebih pack brg2 emergency. Tgh2 b'siap spt kebiasaan apabila dh smp ofis, hubby akan sms or call bgth dh selamat smp...cemas dia bila tau ak tgh bersiap ke UMRA sbb dh turun tanda. Lawaknya, dia baru je buka laptop keje, trs tutup blk n mintak permission boss utk leave aritu...ak ngan mak bertolak ke UMRA yg jaraknya lbh kurang 15-18km dlm pukul 9 pg, jln di Guthrie highway msih lagi sesak ngan kenderaan org ke tempat keje. Jarak ofis my hubby ke UMRA >20km tp dia blh smpai dulu dr kami...ni mesti kes cuak, bwk moto laju2 ni...huhuuu

Sampai di UMRA, nurse yg sama yg ak tanyakan psl tanda lendir coklat mlm sebelum tu..dia terkejut tgk aku dtg, trs tanya, dh turun tanda ke puan? terus ak angguk...sekejapan trs dibawa msk jumpa doc, doc mintak aku baring, sblm seluk tu doc mintak ak berdehem skit..ak berdehem n lagi sekali rasa cm terkeluar air dgn lajunya time berdehem tu; doc said sah, mmg air ketuban. Doc cek jln, lsg xterbuka lagi then doc tanya nk c-sec ke nk try normal dulu. Of cos la nk try normal kan? then doc said, kena induce la...lps dimskkan ubat julap kat dubur, ak dipesan utk tahan sekejap utk dihantar ke bilik rwtn di tgkat atas guna wheel chair.  Argh...mmg mcm xsempat2 je nk ketoilet time tu...huhuuu...selesai membuang, ak dibaringkan kat katil, perut dilekatkan alat CTG utk dgr heart beat baby, tangan ak dicucuk jarum utk salurkan air (tujuan induce). Dalam hati, "ooo...gini rupanya kena induce...selama ni ak terbygkan klau induce tu doc mskkan ubat kat bwh utk pksa baby kuar,rupanya mcm nk dripkan air kat tgn je.." time ni my mother-in-law n kakngah pon dh smp kat UMRA utk temankan ak. Ak start di induce dlm kul 10 am..bergilir2 my hubby, my mom n my MIL msk temankan...perut dh lapar sgt...ye la, yg msk perut ak pg tu juz setengah cawan milo n setengah roti je pg sblm turun air... :( Doc xbg makan pape dh time tu, even nk minum air pon dia xkasi...tp nurse bertugas yg kesian tgk ak kelaparan, izinkan my hubby bagi air kundur dlm tin kegemaran ak...klau cm ni la gayanya, ak xtau mana ak xdpt tenaga if nk meneran nnt...

Dalam sejam dua di induce, nurse tetiba risau tgk graf CTG xstabil, makin menurun, pggil doc...then doc suruh buang urine, stop jap induce..bila graf CTG dh ok blk, doc start blk induce dlm kadar lg rndah dr td...but still, bila start induce graf CTG zameer cm xberapa stabil gak...slps 7jam di induce, jln pon xterbuka jgk, last choice mmg kena c-sect la...tepat kul 5 doc stop induce, prepare ak utk ke Operation Theater(OT)..kebetulan cincin bertunang ak stuck kat jari, mmg xdpt nk buka sbb jari dh mengembang, tp nurse terpaksa jgk keluarkan cincin tu sbb c-sect kat UMRA guna kaedah Laser, so sebarang metal xblh pakai takut kena electric shock. Dgn berhempas pulas, akhirnya dpt jgk tanggal cincin kat jari ak dgn meninggalkan kesan menelas yg ketara...huhuuu...

Sampai di OT,hubby ak dgn confident nk melangkah msk sekali, tp nurse & doc xbenarkan since Emergency C-ser..Dgn riak sedih n hampa, my hubby kucup dahi ak kat pintu msk, "Jumpa nanti ye syg" ucapnya...mak gosok2 kepala n bahu ak, " doa2 semua selamat" sambil tersenyum mak ucapkan...sgt terharu...msk dlm OT, hati berdebar usah kata...semua doa, selawat & terutama Doa Nabi Yunus ak bc berulang2 kali utk hlgkan nervous..Pakar Bius smp, baik doc tu...doc prpn, lembut sj percakapannya, menenangkan hati yg sdg rusuh ni...doc mintak ak bgn dr baring, duduk smbil luruskan kaki ke dpn smbil dibantu olehnya n nurse2...perutku di ampu sebiji bantal, ak diminta bongkok seboleh mgkin, ikatan uniform dibelakangku dibuka, doc kurangkan debaran ak dgn ajak ak berborak sekejap, dia pesan sakit injection ni skit je, cm kena gigit semut...ak dgr doc td ucapkan Bismillah, sapukan cecair sejuk dia tulang belakang & terasa mcm digigit semut skjp...injection tu tuk lumpuhkan saraf separuh bdn..seluruh tubuh rs sengal skjp, trs rasa kebas...ak dibaringkan. Oleh sbb ak ada history ashtma, tong oksigen sdh tersedia disebelah klau2 ak memerlukan...bhgn dpn muka ak diletakkan palang besi n kain utk halang pandangan ak, trs uniform ku diselak sepenuhnya sblm ditutup dgn kain yg hanya berlubang dbhgn perut..jam besar di dinding ak tenung lama...doa semuanya selamat...Proses c-sect pon bermula...sekejapan doc terkejut, katanya"nipisnya kulit perut awk, lsg xde lapisan lemak" huhu...then pakar bius td dtg sblh ak bgth baby u terbelit tali pusat di muka, patut la td even dh induce 7 jam, jln pon lsg xterbuka, bby xleh turun...then tepat jam 5.55 di dinding dgr doc kata,"wah, sihatnya baby boy awk!" ak tersenyum dgr...tp pelik ak xdgr baby nangis pon...doc plak sibuk dgn proses seterusnya...ak tertanya2 sbb baby xdihulurkan kat ak, suara baby nangis pon xdgr...Ya-Allah risaunya, tp doc cam ceria je xckp pape yg xkena, nk ty nurse pon sume tgh sibuk...tepat jam 6.00, terdengar suara baby menangis sekuat hati..Alhamdulillah...rupanya baby dh lemas, nurse berikan oksigen dulu pada dia...Zameer lahir dengan berat baby yg sihat, 3.17kg...

Zameer first voice....

Selesai semua ak dibawa keluar ke wad, smpai di ward ak disiapkan oleh 2 org nurse..time ni ak lsg xblh bergerak sndri lagi, smua harus dibantu...baby sblm dihantar ke nursery diserahkan kpd hubby ku utk diazan dan diiqamatkan...ak pula, apabila kesan bius hilang sedikit demi sedikit, sakit mula menular...even gerakkan jari kaki pon, skitnya ya Rabbi, Allah je yg tau...2 hari 1 malam ak di ward, ak discharge. Balik ke rumah, keesokannya en.hubby tlg settlekan pendaftaran nama baby : Zameer Muhammad Syauqi Bin Muhammad Syaiful..sepupu dan kawan2 dekat dtg menziarah..usia Zameer 4 hari, subuh2 kami bertolak blk ke Trg, utk berpantang..time ni sekali pon ak blm dpt susukan Zameer sbb lsg xde susu lagi. Hari ke-5, adik mak dtg umah tlg urut2kan bdn.. dia mmg tukang urut org pas bersalin.. lps mengurut tu baru kuar beberapa titik susu, kesian zameer xdpt merasa susu mama lagi...

Enjoy the photos of Zameer...
1st day...welcome Sayang...

1 Month old

Majlis cukur jambul...baik je Zameer, lsg xnangis spjg mjlis...terkebil2 je tgk org :)

Jgn tertipu yer...ni gmbr lama papa zameer...they're very looks a like, rite? 

Dari kecik suka bergambar...hehe
 Lepas pantang ak blk semula ke KL utk kerja...Zameer tggal kat kg with my mom. sedih? sgt2 sedih...hari2 nangis pd awalnya...bukan xnak jaga Zameer sndiri tp, time tu terlalu byk kes baby terserdak susu smp meninggal dlm berita...semuanya area KL, selangor n putrajaya...sgtlah takut, then agree with my mom tuk tggalkan dulu di kg...so, sebulan wajib blk kg 2 kali utk jenguk dia...
Time raya..

Bulatkan mata saya? hehe
Ak betul2 ambil Zameer ngan mak lepas raya...time tu umur Zameer dh 6bulan setengah lebih kurang...my mom? mestilah sgt ssh nk lepaskan zameer time tu, cucu 1st la katakan...but we all insist jgk nk jg sndiri, my parents give me 1 condition, Zameer xleh dihantar ke taska. kena cari baby sitter...Alhamdulillah, selepas 3 org babysitter yg ak pegi i.view (jgn main2, bukan senang nk pilih org yg asuh baby kita), dgn bantuan my BFF; Pn.Akma, ak kenal dgn Cik D...so, dialah yg asuh Zameer sampai skrg...baru je 2 mggu jaga Zameer sendiri, cirit birit plak...
Di usia 7 bln, Zameer been warded kat UMRA coz diarrhea, then dehydration.. 

Wajah ceria my litte hero

Sekarang barulah ak merasa pyhnya menjadi parents...Terima kasih yg x terbalas utk kedua org tuaku kerana membesarkan ak dgn kasih syg yg berpanjangan...Alhamdulillah....

Zameer with nenek a.k.a my mom

Zameer with his 1st b'day present (soft toy Brokoli kat dlm kolam tu from his nenek) n 2nd (kolam dr uncle Am)..haha..kolam Zameer xisi  air lagi....

Capture this morning on the way to rumah Cik D

Papa and birthday Boy
Doa mama utk Zameer: "Syukur Ya Allah atas kurniaan rezeki-Mu...Kau peliharakanlah kami di bawah lembayung rahmat Mu, peliharakanlah putera sulong kami moga dia membesar menjadi anak yang soleh, yg akn berbakti ke jalan agama-Mu, peliharalah kesihatannya agar dia membesar dgn sihat fizikal dan mentalnya...amin...."

P/S: malam ni mama n papa nk bwk Zameer check up for 12 months kat UMRA...For sure u'll get the injection dear...so, hero mama kuat kan? jgn nangis nnti ye Syg....

“Doa orang tua untuk anak seperti doa para Nabi untuk umatnya”.

Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun bentuk tulang kajang yang sempit dan sukar memberi laluan kepada bayi untuk dilahirkan secara normal.

Ada juga ibu-ibu hamil membuat pilihan bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan rasa sakit mengisi ketuban. Tidak kurang pula yang memilihnya kerana beranggapan bersalin dengan cara tersebut dapat memelihara serta mengekalkan keadaan saluran vagina supaya tidak longgar.

Akibat kedangkalan pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.


Penjagaan Dan Rawatan Luaran

Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.

Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.

Panduan Cucian Bahagian Sulit

Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.

Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi

Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.

Panduan Mandian

Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.

Panduan Berbarut Atau Berbengkung

Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.

Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.

Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.

Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.

Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.

Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha.

Cara Baby dikeluarkan dr perut si ibu

Teringat kenangan bersalin zameer, cmni la keadaannya tp sbb zameer dh lemas, pas kuar dr  perut trs kena p sedut oksigen dulu...


P/S: ak dulu pon bersalin secara c-sect, sgtlah terlambat mengetahui tips-tips ni....penjagaan & pemulihan yg ak buat sgtlah minimum...akibatnya,skrg cpt sakit2 & lenguh2 bdn :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...