Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, 19 January 2012

Resepi : Mee Rebus Terengganu Origin

Salam semua....

Pernah makan mee rebus x? ni mesti terbayang mee rebus Johor ni kan yang kuahnya ala-ala kari gitu...Mee Rebus Trg mcm sup je...dulu time pregnant bila teringin nk mkn terpaksa la masak sndiri sbb kat kedai2 area KL ni xde Mee rebus Trg...

Bahan2:

1) Mee kuning (Bilas dgn air, toskan)
2) udang + ayam (di potong kecil)
3) beberapa ulas bawang putih + merah (di'blend' lumat)
4) 10-15 biji lada hitam (ditumbuk halus)
5) 2 sudu minyak masak
6) garam + perasa tambahan (secukup rasa)
7) cuka makan
8) 2 biji telur
9) Sayur sawi (Option: nk letak carrot pon blh)

Cara2 Memasak:

1) Campurkan lada hitam dalam bawang putih + merah. Digaul rata.
2) Panaskan minyak. (Tips: Jgn biarkan minyak terlampau panas, nnt campuran bawang akan cepat hangit & meninggalkan rasa yg xbest dlm masakan)
3) Masukkan campuran bawang dan lada hitam. Goreng sampai sedikit garing.
4) Masukkan Udang + ayam. Goreng sekejap sampai nmpk daging ayam & udang td sedikit masak.
5) Masukkan garam dan perasa secukup rasa. (ada org xsuka mskkan garam/perasa awal2, tp cara ni akan meninggalkan rasa yg sedap pada bahan utama dlm masakan, even klau kuah kurang rasa tp bhn utama dh sedap)
6) Titikkan sedikit cuka. (jgn lebih dr 1 sudu mkn). Gaul rata.
ni rupanya bila semua bhn perasa dan cuka dh dimasukkan
7) Masukkan air (sukatan depends on berapa byk mee yg anda guna). Biarkan mendidih.
8) Masukkan mee. Kacau sekejap.
9) Terus pecahkan telur. Biarkan sampai mendidih. (time ni jgn kacau sgt, sbb xnak telur tu pecah dalam kuah)

Masa ni, cuba rasa kuah dah cukup rasa ke belum (tambah garam jika perlu)
10) Air mendidih, terus masukkan sawi. Kacau sekejap, terus tutupkan api.
Taraa...sedia hidang...sedap dimkn panas2...


Selamat mencuba yer...

P/S: Teringat bila bagi resepi ni kat sorg kawan di ofis (suaminya org Pekan, Pahang), suaminya teringat pernah mkn mee rebus ni, arwah ayah dia pernah masakkan...sudah lama suaminya x merasa mee rebus cmni sbb arwah sudah lama meninggal....huhuu...terharu dpt imbau kenangan org lain... :)

Wednesday, 18 January 2012

Baby food recipe

Salam semua...

Arini nak berkongsi resepi baru yang menjadi kegemaran Zameer (tapi mgkin mommies lain dh biasa msk tuk baby diorg)...

Bahan-bahan:

1) 2 sudu makan 'Heinz Baby Pasta Stars' (ada 2 jenis, satu bentuk pasta tu stars, lg satu klau xsilap bujur cam stick)
2) 1 keping 'Cheddar Cheese'
3) sepotong Carrot (di potong sederhana kecil)
4) 2/3 pokok kecil Brokoli
5) Air untuk merebus
Dekat giant ada jual ni...

Ni la 'Cheddar Cheese'
Cara-cara membuat:

1) Rebus Carrot & Brokoli sampai empuk.
2) Toskan Carrot & Brokoli, then blend halus (Gunakan blender yang kecil utk bahan kering tu)
3) Rebus pasta sampai masak (kalau tengok sume pasta dah terapung tu insyaAllah dh masak :) )
4) Toskan pasta tadi (ada air skit2 xpe), bilas skit dengan air masak.
5) gunakan periuk yg sama, masukkan pasta, Carrot + Brokoli yang di blend & Cheddar Cheese (dicarik2kan)

Sorry, kehabisan brokoli...guna carrot saja pon blh :)

6) Panaskan periuk td utk cairkan cheese, sambil2 kacau semua bahan tadi.
7) Bila cheese dah cair, bahan pon dh sebati digaul, tutup api.
8) Biarkan suam sedikit & sedia di suap utk baby anda...
Ni la rupanya bila dh siap...lagi best klau ada brokoli...

Tengok Zameer sgt berselera mkn...

Aummm.......dap nye!

Nak lagi...nak lagi...hehe

Sometimes baby cam kita gak, boring la klau asyik mkn bubur je...sekali sekala try la tukar menu...Gud luck mommies!



Tuesday, 17 January 2012

PANDUAN DIDIK ANAK CARA WARDINA SAFIYYAH

Salam readers...

Pagi tadi ada nampak notification kat FB from Wardina Safiyyah Official Site, admin ada post klip video rakaman bual bicara dlm TV Al-Hijrah...Tajuk yang amat menarik minat ku utk take note & share with all readers...Antara panduan yang diberikan oleh Wardina...[ elaboration is from me :) ]

1) Parents perlu kaya dgn kasih-sayang & nasihat
Sebagai parents yang bekerjaya, mgkin ada masa-masa kita terlalu sibuk sehingga anak2 sedikit terabai utk beberapa ketika...blk rumah anak2 pon dh tido, xsempat nk luang masa pon utk hari tu...Even anak2 dh tido, berikan gudnite kiss & selitkan nasihat2 pdnya walaupon kita tau anak kita tu dh lena tido...doakan skali semoga anak kita tu membesar sebagai anak yg soleh & solehah...

2) Selalu bersembang dgn anak
Selalu mencari masa utk bersembang dengan anak. Cthnya time dlm kereta nk pegi hntr atau ambik anak dr sekolah. Kalau kita guna perkhidmatan van sekolah, cari masa sekali seminggu utk hntr & ambik sndiri anak kita dari sekolah. Kadang2 kita xsedar saat anak2 membesar itulah the very precious moment for us to be along them.

3) Ajar anak mencintai buku dari kecil
Ak pernah terbaca di satu ruangan motivasi yg menasihati parents: Jadikan buku antara top list hadiah utk anak. Mengikut kata wardina, ajar anak cintai buku dari kecil, even dia blm tau membaca, ribalah dia sambil kita bacakan buku utknya.[ InsyaAllah, dlm senarai yg akan dipraktikkan utk Zameer ni :) ]

4) Selalu nasihat anak2 sblm tdo
Berpesan lah selalu pada anak2 utk menjadi anak yg soleh & solehah. Cth nasihat: if arini anak menangis xnk pergi sklh, mlmnya sebelum anak tdo, nasihatkan & ingatkan anak itu: "esok xnak nangis2 lagi ye nk pegi sklh..." InsyaAllah nasihat kita di akhir harinya itu akan menjadi ingatan utk nya dia awal hari utk nya esok.

5) Guna kata-kata positif dalam komunikasi
Elakkan guna perkataan 'jgn' or perkataan2 negatif yg lain. Instead of nak marahkan anak dgn mengatakan: "Jgn buat itu, jgn buat ini...", nasihati anak dgn mengatakan: " Zameer kena buat macam ni, sayang...bukan macam itu...nnti rosak la benda itu klau buat mcm tadi..." see the difference? kita sndiri pon lebih mudah menerima nasihat yg positif berbanding ngan ayat2 marah berapi...

6) Jadi role model yg baik utk anak2
Macam mana kita nk marahkan anak2 supaya xbuat sesuatu yg kita sndiri pon buat...Jadi, klau nk anak jadi anak yg soleh & solehah, kita sbg parents pon kena la soleh & solehah dulu...ini yg dikatakan 'Kepimpinan dari tauladan'

7) Hukuman adalah kaedah yg plg terakhir
Kdg2 kita menghukum anak dlm keadaan letih baru blk keje, or worst is dalam keadaan marah. Ini tidak adil kpd si anak. Nak menghukum anak, yes blh...tp bukan dlm keadaan emosi kita yg xstabil...dlm erti kata lain, melepaskan marah pada si anak...Klau tengah marah, jgn berdepan dengan anak lagi, lari dulu cool down, kemudian baru bersemuka dgn anak itu. begitu jugak dgn pasangan kita; dlm keadaan beremosi semua benda buruk blh terjadi.


TIPS2 DARI WARDINA:
- Betulkan komunikasi dgn anak
-kena sedar klau kita hukum anak dlm keadaan marah
-cari ilmu keibubapaan
-selalu bersolat bersama2 pasangan & anak
-bercerita dgn anak2 supaya anak2 xsegan bercerita dgn kita
-pastikan cium anak2 & berdoa yg baik2 utknya sebelum tido.

Wallahua'lam...

Monday, 16 January 2012

Tanggungjawab menyelesaikan hutang...

Salam semua...

Hari ni tergerak nk tulis pasal hutang...hutang duit la terutamanya...menjadi tanggungjawab penghutang utk langsaikan hutangnya, walaupun 1 sen...Even di akhirat nanti pon kita kena bayar hutang dgn memberi pahala amalan kita kpd org yg kita hutang, if xcukup pahala kita cmne? maka ambik la dosa-dosa pemiutang kita sbg membayar hutang kita itu....Na'uzubillah....

Actually ak terdetik nk menulis topik hutang arini sebab gambar ni....
Sangat tulus budak yang terlibat dalam perjanjian ni kan?

Akan adakah kita yang tergolong dalam usia dewasa ni terfikir nk buat perjanjian bertulis mcm ni untuk setiap ringgit hutang kita pada kwn2 kita? nak belanja org pon kdg2 terdetik juga rasa xberapa nk ikhlas, ni kan plak nk sign perjanjian bagai cm gmbr ni kan?

Dipetik dari website YADIM, tulisan Norhuriyatina Salleh, dibincangkan dengan panjang lebar mengenai BERHUTANG: SEBAB & AKIBAT...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin ´Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Itulah sebabnya, umat Islam diajarkan sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.”

Bagaimanapun, dalam agama Islam membenarkan malah mengharuskan seseorang berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara berhutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. 

Dalam keadaan ini, Allah menggariskan dengan terperinci cara atau adab berkaitan hutang-piutang. Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.

Islam bukan saja mewajibkan umatnya membayar hutang, malah menjanjikan bahawa kalau berhutang dengan niat untuk membayar, Allah akan memudahkan kita.
Sebaliknya, kalau berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." Maksud ayat ´Allah akan membayarkan´ adalah Allah akan memudahkan rezeki orang itu agar dia dapat membayar hutangnya.

Persoalan mengapa mesti kita berhutang? Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah keinginan memenuhi kehendak dan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanyalah untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang. Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan metarial dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu berbuat demikian. Tetapi jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan merupakan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah ia berhutang, kerana hanya akan menambahkan bebanan lebih-lebih lagi jika melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba´.

Penyakit suka berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan. Hal ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemuitang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi dan gagal melunaskannya. Antara kita sedar atau tidak, jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman. Hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi. Seseorang ynag berhutang berkemungkinan untuk melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

Ada di antara kita tidak mengatahui bahawa seseorang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya, "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”

Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia berpanjangan hingga ke hari akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
"Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Mereka yang berhutang walau sebanyak mana sekalipun, amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat meskipun dia mati syahid. Rasulullah s.a.w sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah s.a.w satu jenazah, Rasulullah s.a.w tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabat baginda menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Apabila seseorang itu berhutang, maka ia wajib membayarnya semula dengan kadar segera setelah berkemampuan berbuat demikian. Bagi mereka yang suka melewat-lewatkan pembayaran hutang walaupun berkemampuan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan mereka. Kesan ini bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Seseorang yang berhutang itu, telah berjanji untuk membayar hutang mengikut sesuatu tempoh, tetapi dia tidak menepatinya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang munafik. Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang berhutang, tetapi tidak menjelaskan hutang tersebut. Seringkali kita dengar dan lihat melalui laporan media cetak dan elektronik menerangkan tentang situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai bahaya bukan sahaja kepada dirinya malah turut melibatakan ahli keluarga yang menjadi mangsa seperti diugut, dipukul, disamun, dibunuh dan ada sebahagian daripada penghutang ini membunuh diri kerana tekanan yang dialami.

Setiap orang diharuskan berhutang tetapi harus diingat janganlah nilai hutang itu terlalu tinggi sehingga membebankan diri sendiri apabila hendak membayarnya.
Bagi menjamin hubungan mesra sesama manusia, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab si pemiutang untuk membayar semula apabila sampai tempoh perjanjiannya. Jangan sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang tersebut apabila mempunyai peluang untuk membayar hutang kerana perbuatan tersebut digolongkan dalam perbuatan zalim dan dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya itu. 

Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam erti kata lain pembayaran hutang merupakan suatu syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t..
Seseorang yang berhutang hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah s.w.t akan memudahkan baginya untuk membayar hutangnya.Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika mempunyai peluang untuk membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim. Kita mesti mempunyai sifat syukur kepada Allah s.w.t dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Semoga mendapat sedikit ilmu dari topik ni...Wallahua'lam...

Wednesday, 11 January 2012

Rawatan Mencantikkan Wajah Menurut Islam

Untuk panduan dan ingatan kita bersama....InsyaAllah....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. "Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata Hati:  Alhamdulillah...ku bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan padaku...Sesungguhnya dgn bersyukur, kita akan selalu merasa cukup, InsyaAllah...

Friday, 6 January 2012

Cerita Seram di Ofis...

Al-kisahnya...di ofis baru ku ni ada 2 lot ofis yang dipisahkan ngan kedai perabot kat tengah2...ramai staf ditempatkan kat lot yg lagi satu...aku plak, di lot ofis Dato'. Big boss aku ni jarang ada kat ofis, level aku ni hanya bilik bos, PA dia dan aku saja...

Sejak hari pertama ditempatkan kat sini aku selalu dengar bunyi org buka tutup laci, aku xheran la...bukan aku sorg kat sini..sampai la pada hari PA Dato' outstation setengah hari, sebelah petangnya di hari jumaat, tggal aku sorg2 je kat level ni. nak turun lepak2 ngan staf lain kat bawah, macam la aku xde keje nk buat...huhuuu..so duduk la aku dlm bilik keje aku wat keje sambil dengar hot.fm online.

Dalam kesunyian suasana (hanya kedengaran bunyi lagu2 dr radio yg volumenya aku slowkan utk aku sorang je blh dengar), tetiba bunyi laci ditutup tu terdengar lagi....heran jugak aku, bunyi tu mcm area bilik aku je, tp aku xde buka tutup laci pon...then, aku buat andaian bunyi tu dr staf2 ditingkat bawah agaknya....selang dalam sejam, bunyi tu kedengaran lagi...hati aku jadi tak sedap...aku kuatkan volume radio,istighfar byk2 dalam hati moga2 Allah tak uji aku dengan sesuatu yg aku tak daya nk tanggung...then, hampir ke hbs waktu keje, aku terus turun  ke tgkat bawah, sementara nk tggu cukup masa tuk pulang...

Minggu berikutnya, PA Dato' lepak breakfast dengan aku dlm bilik keje aku...sedang2 kami bersembang, bunyi org tutup laci tu kedengaran lagi...aku tengak PA tu toleh keluar seolah2 intai ada sesape tak kat luar...aku pon bertanya kat dia perihal yg bermain dlm fikiran aku tu...

"hurmm...ada dengar tak td? bunyi org tutup laci kan? xkan la org tutup laci kat level bwh, sampai atas ni dengar kot..."

"ape akak kata td?bunyi? bunyi yang mana?"

"yang tadi tu...dok sorg2, seram tul dengar..."

tetiba dia sikit tersenyum..."akak ada bau wangi tak?"

"alamak Kin, jgn nk ngusik cmtu...dh la selalu akak sorg2 kat atas ni..."

tetiba dia tergelak besar kat aku....aku termangu2 pelik....pastu dia suruh aku keluar bilik aku, tengok kat dinding atas pintu ada ape...aku pon keluar la tgk....

'Hurm......perfume automatik rupanya!!!!!! haish.....'

Hahahaaa.......aku pon sambung gelak tuk diri aku sendiri.....huhuuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...