Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, 10 October 2012

Ubat rindu tuk Papa...

Salam semua...

Arini xnk cite pjg2 dah...juz nk share a few of Zameer's photo dedicated especially to Papa yg outstation to Taiping skrg nih...huhuu...Jgn xtau, Papa is a loyal silent reader of my blog...hehe...

So, here we go....
Time senyum...mak ai, manis sgt! cuba time nangis....huhu

Ha, ni la kereta Zameer yg kitorg beli aritu...aritu silap mention it as 'motor'...hehe

I'm a chick!

"mama...na, nak!" sibuk je nk ambik kamera...isk!

a sweet little chick!

Now, I'm a moo.....huhu

Tiap kali naik kereta dia ni, sibuk la nk bye2 org...mana nk pegi ntah...


Ceh, konon nk cek defect bila terlanggar mama...hehe
P/S : Actually costume 'chick' and 'moo' yg Zameer pakai tu free gift beli susu Friso Langkah 3 double pek 650g tu...ada 3 type hooder towels for collection, 1 lagi xdapat nk collect is a 'frog'...

P/S II : Ok, Papa...moga terubat rindu kat Zameer ye...

Monday, 8 October 2012

Nak main...nak main!!!

Salam semua...

Erm...collegue baru umumkan sape2 berminat nk main netball 20hb ni, sila bg nama...ak dgn excitednya nk bagi nama jugak! nak main...nak main!

Pastu terpikir...alamak....blh main ke aku ni?!

Bangun pagi ni, my pantry a bit wet...then got stain on it...but not exactly like Mrs Moon's is coming...juz a few spot of stains...make me wonder....is it a clue of a 'good news' or initial sign of Mrs Moon?

Dulu time Zameer, 2 hari sebelum UPT test result showed +ve sign, there were stain on my panty too...kata org2 tua, terms yg diorg biasa guna klau ada sign cmtu is 'baby basuh muka'...means kotoran yg keluar di awal pregnancy...but not all moms experienced the same way...for me, since Mrs Moon pon dah terlewat hampir sebulan 2 mggu sekarang nih, makin berdebar la rasa kan?

Hurm...including last week, I already done UPT for 3 times already which is all test showed -ve sign...tu yang rasa ragu2 lagi ni...kwn2 plak semua suggest suruh pegi scan trs, tp pk2 klau -ve nk scan skrg buat ape kan? buat incurred another cost je...huhuu

But still, I am so excited to join the game on 20th! dah lama x exercise tau...last time main netball pon time frenly match yg rukun tetangga anjurkan tahun 2008 dulu klau xsilap...huhu...bdn pon mcm dh lemau skrg sbb dh lama xbersukan...hurmm...

Tapi yes, x kan la ak nk ambik risiko main jugak klau dh confirm preggy kan...so, tggu la result, nk try test lagi mlm ni....huhu....

Wonderful weekend...

Salam semua...

Just spent a great weekend with my family members...sabtu lps xde ape yg menarik sgt sbb Papa masuk bertanding tuk Toastmaster...Pagi dalam kul 11.30 Papa dah siap2 keluar dh...tggallah Mama ngan Zameer je kat rumah...

Sabtu lps Mama ni jadi ter-rajin buat 2 juadah kuih sekali gus...huhuu...Puding Cendol and Bubur Barli...but sedey, bubur barli Mama sorg je makan, si anak mmg dh maklum picky-earter nye...Papanya pon blk xnk jugak makan sbb xgemar barli katanya...  :( sedekah kat tong sampah je esoknya balance dari yg Mama makan tuh...

But, Puding Cendol sgt laku! huhuu...1st trial buat after google resepi, Alhamdulillah menjadi dan Zameer suka makan...kebetulan plak ahad tu ramai2 kumpul umah MIL, anak2 sedara semua suka puding tu...licin bekal yg bawak puding tu! huhuu...

Time dok masak kat dapur, Zameer dtg rengek2 mintak perhatian...but, the funny thing is...dia tersilap panggil mama ngan nama org lain...haha...

Zameer : Papa.... (diam kejap....) Nenek....(Haha...time ni mama dh tahan gelak dh...ni mesti teringat time dok kg ngan nenek 2 mggu aritu smpai tersasul pggil nenek!) Mama! (at last...hehe!)

Ahadnya, sebelah pagi tu, kitorg settle dulu pakaian2 yg mau di basuh dan sidai...baju Zameer Mama dh settlekan sabtu lagi...Mama siapkan b.fast cucur udang pg tu...and once again, Zameer buat drama lagi! haha...kali ni, Papa plak tersentap...

Mama ckp kat Papa, "sayang, meh la sarapan dulu ni, jap lagi nk siap2 gi mandi kat kolam plak..." time tu Papa lelap lagi skali kat dpn tv...then, dgn muka xbasuhnya trs nk jamah makanan...Mama pon tegur la, "Papa, pegi la basuh muka tu dulu...isk!"

Tetiba, Zameer kata kat Papa dia, "Papa...No, no, no!" sambil goyang tangan dpn muka Papa dia...hahahahaahahahahaaaaaaa!! Mama dh gelak besar time tu...

"tengok, kan termalu ngan anak sendiri! hahaha...." Zameer yg baru tersedar yg dia wat lawak antarabangsa pagi2 hari, tersipu2...Papa biasa sgt konon nk marah anak, mesti kata, "Zameer, no, no, no!" skrg bila ayat tu anak guna blk kat dia baru xterkata!! hihihiiiii....

Then pas b.fast, kitorg siap2 ke Pusat Akuatik Shah Alam, kat Seksyen 13...seronok betul melayan Zameer kat sana...Utk pengetahuan semua tiket sgtlah MURAH! RM 2.50 tuk dewasa, kanak2 klau xsilap Rm 1.50 je...Zameer free since dia blm pon 2 thn...huhu...waktu operasi dia blh refer kat bwh ni:

9 pagi - 10.45 pagi, tutup tuk selenggara hingga jam 12tghri
12 tghri - 1.45 ptg, tutup tuk selenggara hingga jam 3 ptg
3 ptg - 4.45 ptg, tutup tuk selenggara hingga jam 6
6 ptg - 7.15 ptg

Operasi di buka setiap hari termasuk cuti umum kecuali hari ISNIN.

Kitorg sampai kat Pusat Akuatik dh pukul 12.40, xperlu salin baju dh since kitorg mmg ready tuk trs terjun dlm kolam dh pon...hehe...Zameer pon dh pakai swimming suit dari umah pas mandikan dia pagi tu..So, juz buka pampers dia then wipe ngan wet tissue je :)

Even time tghri tp ramai jugak parents yg bwk anak2 diorg time ni, tp syukur cuaca panas, sekejap2 redup...mmg syok la! hehe...paras air kolam kanak2 tu separas leher Zameer, tp Zameer ni xnk guna pelampung, dia nk jalan sendri dlm kolam xnak org pegang pon...so, Mama Papa ni duk kat keliling dia la takut terjatuh ke ape kan...ada la sekali 2 dia terselam dlm air, tp ingatkan serik nk masuk dlm air dh rupanya dia lagi seronok! huhu...siap mintak nk naik slide lg...

Tuk parents yg nk layan anak seusia Zameer naik slide kat pool, time letak dia kat slide tu baringkan dia sampai kepala cecah slide. Kasi dia rileks dulu, tangan dia letak kat bdn dia, baru lepaskan...tapi sorg lagi haruslah sedia tuk sambut dia dlm air kat bwh tu nnt...lg selamat mcm tu sbb if kita ltkkan dia tp kepala terangkat, nnt bila hampir nk smpai ke hujung slide tu kepala dia akan terhantuk ke lantai slide...

Then, dlm kul 1.40 tu kitorg dh kuar pool, siap2 nk masuk mandi dlm bilik air..bilik air kat sini dlm kategori bersih, no worry..so, kpd parents, siap2kan sabun dan syampu tuk anak jugak sbb klorin yg agak kuat tu buatkan rambut baby jd kasar lps terendam lama dlm pool....

Kuar dr Pusat Akuatik kitorg trs gerak ke Carrefour Seksyen 24 tuk shopping brg2 Zameer mostly and other household item...Zameer, sebab keletihan dan lapar, susu Dutch Lady coklat tu blh dihabiskan sorg plus roti krim mighty white..then, terlentok ngan roti dlm mulut...haha!  Mujur kat Carrefour ada sediakan stroller tuk pelanggan for free, juz tggalkan IC or lesen kat service counter...dh nk habis shopping baru Zameer terjaga...kemudian balik ke rumah MIL kat Pelabuhan Klang...dalam kereta, Zameer sambung makan roti lg...huhu...

Meriah kat rumah MIL sebab semua anak2 buah pon ada...suka la Zameer main2 ngan diorg yg lebih kurang sama baya tu...mcm2 ragam dan aksi diorg semua...yg hairannya Zameer mcm cergas sgt pdhal, dia tido xsampai setengah jam pon dlm carrefour tu...huhu...kul 10.30 mlm kitorg blk rumah dan Zameer plak dh flet dlm kereta, lenanya sampai ke pagi esoknya...

P/S : Papa outstation lagi tuk semggu, bertolak tghri semalam ke Taiping...sian Zameer cam tercari2 Papa dia, since Papa kuar umah pagi semalam time Zameer still lena lagi...

P/S II : Sori, entry tanpa gambar since kamera tertggal dia rumah time pegi pool...huhu...

Bisik bila sayang, pekik bila marah?



Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.





Credit to: sumber

Wednesday, 3 October 2012

Didik lah anakmu ke jalan yg benar..

Ramai di antara kita sering mengeluh dan bertanya kenapa anaknya tidak dengar kata dan selalu buat perangai. Bagaimanakah boleh jadi begini?

Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan masalah seperti ini, pernahkah anda terfikir yang tidak dengar kata dan yang sedang buat perangai itu sebenarnya bukan anak sebaliknya anda?

Tentu anda tertanya-tanya mengapa? Bukankah anak itu cerminan anda? Seperti yang kita semua tahu, anak dilahirkan suci bersih tanpa sebarang kekotoran. Kita orang dewasalah yang mencorakkannya.

Dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Jadi, jika anda marahkan anak, anda terlebih dahulu patut dimarahi kerana anda yang mendidiknya. Cuma yang membezakannya ialah sama ada dia belajar secara formal daripada anda atau secara tidak formal iaitu berdasarkan contoh yang anda tunjukkan. Mungkin ramai di antara kita terlupa dan ada juga yang tidak sedar bahawa anak sentiasa meniru setiap tingkah laku orang yang berada di sekelilingnya.

Bagi mereka, ibu bapa adalah idola. Baik mahupun buruk perangai ibu bapa, mereka tetap ikut sebab mereka tidak tahu membezakan antara perkara yang baik dengan yang tidak selagi belum diajar.

Perkara asas yang perlu ibu bapa tahu dalam mendidik anak ialah tentang kasih sayang. Didiklah amanah Allah ini dengan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya Yang Maha Esa kepada kita hamba-Nya. Walaupun banyak kesalahan dan kesilapan telah kita lakukan, Allah SWT tidak pernah mengabaikan kita dan sentiasa memaafkan malah kasih sayang-Nya pada kita tidak pernah pudar. Begitulah juga dengan kita semua. Jika anak berbuat silap jangan terus memarahinya. Selidik dahulu apa puncanya dan ajak anak perbetulkan kesilapannya. Barulah anak rasa diri disayangi dan dihargai. Hasilnya, anak-anak akan sentiasa rapat dengan ibu bapa dan bukan menjauhkan diri lalu mencari kasih sayang di luar rumah.

Dari semasa ke semasa, terapkan dalam diri anak tentang realiti kehidupan kita di dunia ini. Terangkan pada anak, mengapa Allah SWT cipta kita dan apa tugas kita di muka bumi ini. Ingatkan juga pada anak agar sentiasa berselawat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, insan yang membimbing kita ke jalan yang benar.

Bagi anda yang ada anak lelaki, rajin-rajinlah bawa dia solat berjemaah di surau ataupun masjid. Seminggu sekali pula, ajaklah seisi keluarga berjemaah di masjid sambil menghadiri majlis-majlis ilmu. Pada masa yang sama, jangan lupa menekankan tentang penting membaca Al Quran. Biasakan anak-anak membaca Al-Quran sekurang-kurangnya lima ayat setiap hari.

Di dalam kenderaan pula, lebih baik jika anda ajak anak-anak mendengar alunan zikir atau tazkirah berbanding mendengar lagu-lagu yang boleh melalaikan dan yang terlalu memuja dunia. Ibu bapa juga boleh menggunakan masa di dalam kereta untuk mengajar anak-anak tentang pelbagai perkara yang ada di sekeliling. Hasilnya, masa yang ada tidak dibazirkan begitu sahaja sebaliknya setiap detik yang dilalui dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga kesungguhan kita mendidik anak-anak ke jalan yang benar akan sentiasa diredai Allah dan keluarga kita akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diberi taufik dan hidayah. Amin.



KESILAPAN MENDIDIK
Pilih Kasih Antara Anak-anak
Jangan sesekali anda bezakan kasih sayang pada anak-anak walaupun nyata ada seorang daripada mereka yang bijak dan pandai mengambil hati anda. Setiap kali ingin melebihkan seorang anak daripada yang lain, fikirkan apa yang anda akan rasa jika anda di tempatnya, menjadi anak yang dipinggirkan. Cara ini mampu menyedarkan anda tentang pentingnya menyayangi semua anak sama rata.

Menegur Menggunakan Perkataan Negatif
 Ramai ibu bapa begitu mudah marah anak dengan menggunakan bahasa-bahasa yang kasar. Akibatnya, anak sudah terbiasa dengan perkataan negatif itu dan akan mengulanginya jika dia marah pada seseorang. Untuk mengelakkan hal ini terjadi, gunakanlah bahasa yang baik ketika menegurnya dan tegurlah dia dengan lembut dan bukan menengking atau menjerit.

Malas Berdoa Untuk Kesejahteraan Anak-anak
 Ketahuilah bahawa doa ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat makbul. Jika inginkan anak yang mengikut perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya, rajin-rajinlah berdoa dan lebih elok jika bangun malam, bertahajud dan solat hajat. Insya-Allah, tuhan akan membantu kita.

Mungkir Janji
Jangan sesekali mungkir janji pada anak-anak. Sekira tahu anda susah menepati janji, jangan berjanji. Akibatnya, anak akan mudah hilang kepercayaan pada anda seterusnya tidak akan menghormati anda.

Kurang Memberi Perhatian Pada Anak
Ada sesetengah ibu bapa selalu tidak mengendahkan setiap pertanyaan atau cerita anak-anak. Alasannya sibuk. Sepatutnya, ibu bapa perlulah sentiasa bertukar-tukar cerita dengan anak-anak dan bertanyakan perkembangan terkini mereka. Barulah anak rasa diri dihargai dan disayangi.

Terlalu Manjakan Anak
Kurang perhatian terhadap anak-anak tidak baik, terlebih memanjakannya pula boleh membinasakan. Langkah terbaik ialah sederhana dalam setiap tindakan dan perbuatan.

Tidak Menghargai Anak
Ramai ibu bapa sentiasa memang kelemahan anak-anak berbanding kelebihan mereka. Akibatnya, anak rasa kecil hati seterusnya menjauhkan diri daripada keluarga. Anak-anak ini akan memendam rasa dan membuatkan mereka murung.


P/S : Nota utk kebaikan bersama  :)

Sumber: disini!

EL to taken care of Zameer

Salam readers...

Semalam Mama EL sbb Zameer xsihat...isnin lps, Papa EL jugak sbb kena migrain.  Cik D pon belum keluar wad time tu due to fibroid in her stomach.  Jadinya budak2 semua dijaga oleh parents Cik D tuk sementara...

Pagi isnin tu masa Mama sampai taska, suasana kat taska sgt "chaos!" huhuu...sian atuk nk kena handle budak2 semua...kebetulan plak jiran sebelah pon ada tgglkan anak dia yg umor dalam setahun lebih tu kat taska sekejap tuk keluar beli brg kot, sedangkan anak dia xbiasa ngan atuk, meraung2 la...Pia pon take part nangis2 gak...gamat la taska tuh! huhuu...so, even dh agak terlewat ke ofis, Mama tlg la atuk kejap ambik anak jiran tu bwk keluar kejap ambik angin...mujur la Zameer baik pagi tu, xjeles Mama dia ambik budak lain...

Sebab kesian kat atuk diorg tu, sampai je kat ofis Mama dh siap2 pesan kat Papa mintak tlg ambikkan Zameer awal skit bila dh reda migrain tu, since susu Zameer tuk stock bln ni pon blm beli lagi.  Time lunch hour Papa col tanya nk beli susu tu kat mana.  Mama prefer beli stock susu and pampers Zameer kat Carrefour since harga dia jauh lbh jimat berbanding kat giant.  Tapi sian kat Papa nk kena pegi jauh2 (Carrefour plg dekat kat Subang Jaya or Seksyen 24, Shah Alam), jadinya Mama mintak Papa belikan sekotak je dulu, nnt weekend beli lagi kat Carrefour.  Sempat lg Papa dtg join Mama lunch kat food court area ofis Mama, pastu baru pegi giant...

Time Papa ambik Zameer ptg tu dh rasa bdn Zameer dedar je nk demam...blk rumah tido je, x aktif pon. Mama sampai rumah dalam kul 7 tu Zameer dh siap2 mandi ngan Papa..nampak je Mama, trs merengek nk manja2..bdn dh terasa panas..Mlm tu tgh2 Mama duk masak tuk dinner, Papa pggil Mama ke depan coz Zameer muntah kat karpet...dh terasa lain macam dh time tu tgk Zameer smpai muntah2...

Konon Mama ni nak hilangkan mual dia, bagi la air Vitagen perisa oren...then Zameer minum dgn seleranya, lega tekak dia kot...xsampai 15 minit pon, dia dtg kat Mama yg tengah masak kat dapur, muka mintak kesian...pastu rengek2, nmpk air liur dia kuar banyak...rupanya nak muntak lagi sekali! kita pon klau tengah mual, tekak terasa nk termuntah mmg air liur banyak terembes dlm mulut kan? cuak tgh muntah kuar bukan hanya dr mulut tp dr hidung pon ada...dia muntah atas dukung mama time tu, hbs 1 bdn Mama kena, so trs la masuk mandi...

Time tu dh discuss dh ngan Papa nk bwk dia ke Klinik kat Alam Budiman ni...tp sbb dh hidang makan malam, Mama masak Mee rebus malam tu, so decide tuk makan dulu...Zameer pon nk jugak, lapar la kot semua benda dh kuar kan? ada la separuh dia makan yg Mama ltk kat dlm bekas dia tu...then, one more time...muntah lagi! this time, cannot wait already...trs siap tukarkan dia dgn pyjamas lain (masuk yg ni dh yg ke 3 pasang tukar baju tido)...

sampai kat klinik syukur xde org, trs dpt jumpa doc.  pas explain kat doc ape jadi kat Zameer, doc mintak baring kan dia kat katil rawatan...baik la plak Zameer time tu baring je tanpa protes ape...Doc check, rupanya perut dia bloating...kembung rupanya! tu yg mkn semua ditolak blk keluar tu...takut terjadi diarrhoea plak, doc masukkan ubat kat buntut dia tuk buang angin dlm perut tu...kiranya lagi cepat la effect dr bg ubat minum...


Bekalan ubat Zameer...
Doc kata, condition Zameer time tu baru mild dehydration...so nothing worst.  Nasihat doc utk nota bersama semua readers, klau anak kita dh ada tanda2 muntah berterusan, tu tandanya perut dia 'bloating'.  Jadi elakkan beri anak kita susu or sebarang minuman susu or berkultur (mcm vitagen tu).  If jadi mcm ni, sepatutnya air yg dh keluar tu cepat2 digantikan dgn air garam tuk elakkan dehydration. Air garam plak boleh dicampur ngan air bergula mcm ribena or sirap.  Jgn bg susu selagi keadaan dia still xelok lagi...pas bagi air garam, start dgn bubur kosong dulu tp sbb Zameer ni mmg xsuka bubur, doc suggest bg roti yg manis tu mcm butter bun. if muntah2 beserta cirit tu lagi sgt cepat utk terjadinya dehydration.  So, cepatlah bawak anak ke klinik berhampiran utk rawatan.  

Ni actually dh kali ke-2 Zameer kena cmni...dulu time umonya baru 7 bulan, kitorg lsg xtau ape nk buat bila Zameer dh start muntah mcm air paip, plus cirit lagi...tgh malam dh bawa ke klinik, tp doc yg attended kitorg tu xde pengalaman agaknya, xleh baca lagi tanda2 baby tuk kena dehydration...doc juz said, mgkin susunya kena pekatkan lagi, dan juz nasihatkan kitorg tuk sapu minyak yuyi kat perut Zameer dan bekalkan ubat antibiotik kalu xsilap..blk rumah, 1 mlm kitorg xleh tido...esok paginya kitorg hntr Zameer ke taska mcm biasa berbekalkan ubat yg doc bg mlm tu...seharian di taska kesian kat Ummi sbb Zameer byk kali tercirit dan muntah berterusan..blk keje, kitorg trs bwk ke klinik lagi sekali rupanya Zameer dh dehydrated teruk! bila doc nk drip water ke tgn, nk cari urat pon ssh sbb dehydrated...meraung sekuatnya la anak Mama...


kenangan pahit Zameer, kena warded di usia 7 bln...
Semalam pon seharian ngan Mama, selera still xde lagi...susu pon buat 6oz xhabis pon...syukur pagi ni, dpt sms dr Ummi bgth Zameer dh selera makan...bihun n 3 ketul nugget blh habiskan...susu pon dh 15oz minum pagi tadi...agaknya Zameer rindukan air tangan Ummi kot...2 weeks + + xmerasa la katakan...huhuu...

P/S : Syukur Ummi dh kuar ward ptg semalam...tapi another 6 weeks, she will have an operation to remove the fibroid away....Mama doakan Ummi cepat2 baik dan sihat semula seperti sedia kala....

Monday, 1 October 2012

Most adorable things about Zameer

Salam semua...

Lama x update cite psl Zameer kan? Well, si budak kecik tu sgt la adorable skrg..antara benda yg blh highlight pasal Zameer kat sini....

i) Zameer peramah 

iye, pd yg kenal Mamanya in personal mmg tau la gen peramah tu dpt dr mana kan...huhuuu...itu yg Ummi Zameer ckp aritu bila Mama kata Zameer ni sebijik cm muka papa dia dr baby lagi, muka Mamanya lsg xde...tp ummi kata, "ada la Na...tang byk mulut tu!" hahaa...ok2, I admit!


ii) Suka ajuk ape yg kita ckp

cth bila dia dengar kita ikut menyanyi lagu2 kat radio, dia nk try ikut gak...even bunyi ikut sedap dia je tp rentak tu ada...haha...sgt comel! teringt pg td dlm kete nk hntr Zameer ke taska, Mama dia nyanyi2 ikut lagu kat radio, dia pon nyanyi skali ngan penuh perasaan n mimik muka...sgt klakar! xdan nk rekod sbb tgh drive time tu..huhu


iii) suka manja2 ngan Mama

Zameer mmg manja ngan Mama dia berbanding ngan Papa..most of the time if mood dia xelok, dia nk Mama dia je...xnk kat Papa...huhu..(Papa, sila sabar ye...huhu)...kan Zameer blk kg ikut nenek dia 2 mggu. last weekend my mom dtg hntr Zameer, smpai umah dlm kul 10pm dh pon...kebetulan plak kitorg still kat giant, beli wedding present tuk BFF Papa, Wani...tuk suprise kan Zameer, kitorg belikan dia motor yg 4 roda tu (sorry, gmbr lum sempat capture, nnt dh ada gmbr akan di update yer...)..time sampai tu Zameer dh terlena dh sebenarnya, bila buka mata tgk Mama, dia senyum...lg bulat matanya bila nmpk Papa bwk masuk motor mainan dia tu...ha, excited betul nmpk dia..main smp dlm kul 2 cmtu baru nk tdo...tu pon dh tutup semua lampu dh, semua org dh tido dh baru dia dtg kat mama dia nk baring kat dada...

Zameer still tdo kat dada Mama dia, okey! mmg sgt manja...bila dia dh betul2 lena tu baru ltk dlm katil dia...time peluk dia nk tdo tu terasa sgt dia rindukan kita...maunya x, 2 mggu kot berenggang ngan Mama...huhuu...xtau la bila dh ber-adik nnt dia akan jeles ke x... hurm...


iv) Zameer's vocab

Ball - pantang tgk bola, mesti duk jerit2 "ball, ball!"

Eee vi u... - Luv u! haha...klau ckp "ee vi u" mesti ngan mimik muka mulut muncung2..haha...biasanya dia sebut ni bila Mama dia mintak kiss...huhuu

Na nak - bila nak sesuatu...but klau btl2 nak, dia akan sebut "Nak nak nak..." ulang2 kali..haha!

abih doh @ tak dok doh... - ha, ni loghat terengganu ni...klau dh hbs minum susu or susu yg masih berbaki tu mmg dia dh xnk, ni la ayat yg kuar sambil tangan pusing2 nk bgth dh habis...huhuu

Ape chu? - biasalah budak baru nk belajar kan. tgk semua benda curious nk tau...duk tanya la kita ni, ape tu, ape tu...hehe

Papa eje... klau Papa xde kat umah, kita tanya dia Papa mana? ni lah jwpn dia...hehe...nmpk sgt Papa dia kuat sgt kejenya!

Nenek - Dah pandai sebut Nenek, tapi Atuk, TokMa (mama) and TokAyah (ayah Papa) lum tau lagi

Emmi - Ni panggilan utk Cik D, luvly babysitter Zameer. Sebutan sebetulnya 'Ummi'..hehe


v) Zameer tiru gaya kita

Ni part paling best...pernha skali tu Papa kepenatan yg amat sbb lbh 24jam xtido sbb blk keje trs smbg keje smp xtido 1 mlm then pagi esoknya pegi keje cam biasa, blk umah 100% dh flet kan...so, time tu Papa terlena kat atas bean bag dpn tv...fuh, siap dgn dengkurnya sekali kan...hehe...then Mama perasan Zameer duk perati je Papa dia n try tiru Papa dia tido n bunyi dengkur nya sekali..sampai skrg pon kalau tanya dia, "Zameer, cmne Papa tido?" dia akan angkat tangan 2-2 ke atas, kepala terdongak, mulut ternganga pastu bunyi, "Kroh...kroh..." Hahaha...sebijik kot dia tiru! hehe...

Then bila dia dh biasa tgk kita nk mkn je baca doa, pas org azan baca doa...semua tu dia ikut...bila hidang mknn dpn dia tetiba dia tadah tgn wat mulut kumat-kamit mcm baca doa...yg kelakarnya klau dlm kete dengar azan kat radio, trs dia tadah tangan baca doa...haha...pernah sekali time org azan tu Papa duk asyik bercerita lg ngan Mama ni, bila tgk Zameer diam2 duk tadah doa, kami termalu sendiri...hahha...Zameer lagi tau menghormati azan...huhuu

Bergambar ngan pengantin baru; BFF Papa, Wani n hubbynya seorang Doktor!

Ok, that's all for now...byk lupa sbnrnya, sbb kemalasan tuk update blog byk kali dtg menyerang...huhuu...so, nnt2 bila tgh rajin n ingt lagi vocab2 baru Zameer akan di update kemudian ye...

Daa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...