Ni copy paste dari perkongsian satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita.. memang agak kreatif la perompak-perompak sekarang ni kan.. nak tahu lebih lanjut baca kisah ni....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu petang saya mahu untuk meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu.
Ada orang yang telah menembak kereta aku!!
Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang punya bengkel kereta dan bertanya adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.
“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”.
Apa yang menghairankan,tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya.
Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang.
Dan sekarang baru saya menyedari, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apapun semasa itu, mereka cuma membuka GPS saya, dan mencari “HOME”…..
kan? bagaimana perompak dengan mudahnya mengenal pasti kediaman kita hanya dengan GPS yang terdapat dalam kereta kita..
sila kongsikan kepada teman-teman kita untuk keselamatan bersama..Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...
P/S: ni utk ingatan diri sndiri jugak sbb selalu tggal GPS dlm kete...huhu
nasib ak xdop gps...
ReplyDeletesb tu gi jln sesat sokmo...
arap gps manual je...SIGNBOARD...hahhaha