ni semalam punya cerita la...tetiba teringin nk mkn ikan stim...pas solat asar kat ofis, trs google resepi...
Then otw blk umah, sggah kedai jual brg basah kat shop lot Alam Budiman (my resident area)...Ikan yg plg sesuai nk msk stim mestila Siakap..tapi, saiznya besar sgt la plak tuk mkn 2 org. Geram mmg geram tgk ikan tu segar tp xnk membazir so grab la Ikan Karuk yg duk dlm bekas yg sama ngan siakap tu. nmpk paten same je, tp kecik skit dr siakap. tuan kedai letak label 'ikan kruk-kruk', katanya isinya sama cam siakap, blh masak stim gak..Ni mesti dok ada yg tergelak dgn nama ikan ni kan? me too...arini google baru tau nama ikan tu Karuk..
Ikan Karuk (thanks to en.Google) |
BAHAN2:
- ikan siakap
- 1 inci halia*
- 3 ulas bawang putih*
- 3 btg serai*
- 5 ulas bwg merah* * ditumbuk / blend
- serbuk lada hitam dan lada sulah
- sos tiram 4-5 camca besar (utk lumurkan pada ikan)
- 2 biji limau nipis di perah air
- 2 biji lada besar
- 1 biji buah tomato potong dadu
- daun sup dan daun bawang
- garam dan gula secukup rasa
CARA2 MASAK:
Antara bhn2 (time ni ikan dh diperap, sila abaikan botol2 xberkenaan diblkg tu ye..) |
- Bersihkan ikan, toskan. Taburkan garam, lada hitam dan lada sulah pada ikan
- Bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama sos tiram..perap 15minit. (tips: tuk lebih kuah, blh lebihkan air yg guna tuk blend)
- Panaskan steamer (sy guna rice cooker yg ada bekas tuk steamer tu).
- Siapkan aluminium foil di dlm bekas steamer tu, tuangkan ikan yg diperap tadi.
- Tabur atas ikan lada merah n tomato.. tomato digunakan tuk balancekan rasa dengan sos tiram.
- Stim la ikan siakap tu kira-kira 15 minit, masukkan air perahan limau nipis tu..time ni, buka tudung periuk pon dh semerbak bau best..huhuu...masak lebih kurang 10-15 minit lagi. (dlm 5 minit terakhir, taburkan sedikit garam n gula tuk seimbangkan rasa masam, masin dan manis)
- Hidangkan dlm pinggan / bekas hidangan, tabur dgn daun sup n daun bawang. Sedia utk dihidang.
Stim dlm rice cooker saja :) |
Sedia dihidang... |
This is my 1st trial, Alhamdulillah menjadi n yg penting menepati selera en.hubby...resepi ni diubah mengikut selera sendiri, bukan seratus peratus ceduk dr resepi dr tenet :)
No comments:
Post a Comment
Any Comment??