"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan
di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki
dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."
Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada
ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan
roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan
sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya
berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak
Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar
biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan
Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia
mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari
dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh.
Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia
pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen,
derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.
Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu
segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan
Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama
itu.
Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada
ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa
dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta
sumbangan lain yang mereka perlukan.
Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada
saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang
berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan
keluarga.
Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan
dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu
serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.
Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan
Gaza-Sinar Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Mereka
yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian,
Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.
Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur
Karangkraf RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang
Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.
No comments:
Post a Comment
Any Comment??